Kesesakan jalan dari Matang menghala ke Pusat Bandar semakin serius. Aku pun tak tau la berapa lama masa yang diambil oleh mereka yang tingga di Matang, Matang Jaya, Taman Malihah dan taman-taman yang berdekatan yang menggunakan jalan Petrajaya-Matang untuk sampai ke bandar.
Tahun lepas, aku bergerak dari Batu Lintang pukul 6.20 pagi untuk ke tempat kerja di Matang dan masih lagi boleh sampai sebelum pukul 7.00 pagi. Tetapi sekarang aku terpaksa bergerak seawal 6.00 pagi supaya punchcard tak merah. Kesesakan yang menghala ke Matang disebabkan sikap manusia yang menghala ke bandar pada waktu yang sama. Dorang suka-suka hati je ambil jalan.
Kesesakan di jalan tersebut menjadi semakin teruk apabila hari hujan. Yang memandu slow ketika hujan tu boleh dimaafkasn lagi. Tapi yang tak berhati perut dan pentingkan diri tu yang menjadikan jalan menghala ke Matang pun sesak.
Apabila waktu keluar pejabat sebaliknya pula berlaku. Pukul 4.30 tu dah jem jalan menghala ke Matang terutama di roundabout Petrajaya.
Yang menjadi kerisauan kami pengguna jalan tersebut ialah selepas siapnya Sekolah Sains dan Sekolah Agama Sheikh Haji Othman. Pengguna jalan tersebut sudah tentu semakin ramai. Tapi dengan jalan yang ada sekarang tidak mampu menampung pertambahan kenderaan tersebut dan berlaku kesesakan yang serius.
Sudah tiba masa kerajaan negeri mengambil berat isu ini. Jalan tersebut perlu dilebarkan lagi untuk mengatasi masalah ini. Diharapkan pihak kerajaan negeri dapat mempercepatkan projek ini sebelum krisis itu berlaku.
No comments:
Post a Comment