Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, January 30, 2012

Tahun Melawat Kelantan 2012



Kelantan menyasarkan 6 juta pelancong akan berkunjung ke Kelantan pada tahun ini mengikut kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan. Sasaran ini bersandarkan kepada promosi
Tahun Melawat Kelantan 2012 yang akan diadakan di seluruh negeri di Malaysia termasuk Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Sasaran tersebut boleh dicapai kerana Kelantan mempunyai banyak tempat yang menarik selain budaya yang unik dibawah pemerintahan yang berbeza dengan negeri-negeri lain. Ini menjadikan negeri Kelantan unik dan mempunyai tarikan tersendiri. Kerajaan negeri juga telah berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kearah mencapai matlamat tersebut.


Tetapi dakwaan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen Menteri Pelancongan yang disiarkan di akhbar ada asasnya. Kawasan pantai yang menjadi tumpuan pelancong kini terjejas. Kelantan di khuatiri hilang daya tarikan pantai disebabkan hakisan saban tahun jika tidak dibendung dari awal. Kawasan pantai perlu ditambak untuk mengelakkan hakisan semakin teruk terutama di Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Irama Bachok.

Kerajaan Kelantan juga diminta  agar memantau kemudahan-kemudahan  awam yang  disediakan. Tempat-tempat tumpuan pelancong ini mempunyai kemudahan awam seperti tandas dan surau tetapi dari aspek penyelenggaraan tandas awam masih lagi tidak sempurna. Semoga PBT ambil serius tentang tandas. Orang tidak kisah untuk bayar 30 sen jika keadaan tandas itu baik. Tapi jika tandas tu teruk, bagi percuma pun orang tak nak masuk.

Diharapkan PBT dapat menambahbaik kawasan pelancongan di bawah pentadbiran masing-masing dan kerajaan negeri Kelantan mencari inisiatif untuk menambah kawasan pelancongan baru untuk menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Kelantan sekaligus dapat memperkembang ekonomi negeri Kelantan.

Info lanjut http://tic.kelantan.gov.my/
Kalendar Aktiviti Tahun Melawat Kelantan 2012

No comments: