Dalam perjalanan aku balik ke Kuching dari Sri Aman petang tadi, ada 2 kemalangan telah berlaku. Pertama aku terserempak dengan sebuah trellar yang terbabas ke sebelah jalan bertentangan di jalan Bukit Begunan menghala ke Sri Aman. Pemandu trellar sudah tidak berada di tempat kejadian dan berkemungkinan kemalangan itu berlaku beberapa jam sebelum itu.
Kemalangan ke 2 di percayai berlaku sekitar jam 4 petang kerana semasa aku melalui jalan tersebut pukul 4.15, pemandu kereta masih berada di tempat kejadian dan kelihatan masih gugup sambil dikelilingi oleh pengguna jalan raya yang lain yang berhenti melihat kejadian. Dalam kejadian tersebut, sebuah kereta terbabas ke seberang jalan menghala ke Kuching bertempat hampir 2 kilometer ke pekan Balai Ringin.
Jalan sesak seketika apabila sampai di tempat kejadian kerana ramai yang berhenti untuk melihat dengan lebih dekat. Tapi sebab aku nak cepat tadi aku sempat ambil gambar dari atas kereta je la.
Jalan ini selalu beraku kemalangan. Sebagai pemandu, berhati-hatilah dan sayangilah nyawa dan harta benda anda.
No comments:
Post a Comment