Isu percubaan untuk guru bekerja 9 jam menjadi isu hangat dikalangan pendidik dan ibu bapa yang prihatin. Isu ini telah dibincang oleh media cetak dan elektronik termasuk stesen radio dan televisyen. Pagi tadi, isu ini dibincang secara terbuka di Radio IKIM tentang kewajaran guru ditetapkan kerja 9 jam sehari. Pelbagai komen yang diberi oleh pendengar setia Radio IKIM yang terdiri dari pendidik sendiri, ibu bapa golongan muda dan golongan professional.
Bermacam-macam pendapat yang diberikan. Ada yang menyokong, ada yang menyokong secara bersyarat dan ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan itu. Yang jelas, kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK atau NUTP) yang menjadi tulang belakang dan tempat bergantung bagi kebanyakan guru-guru di Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang hanya akan membebankan guru.
Bagi masyarakat luar yang jauh dengan perkhidmatan ini dan pihak atasan mungkin tidak faham dengan beban tugas yang ditanggung oleh guru yang dianggap ‘rileks’ dan banyak masa ‘free’ termasuk cuti yang banyak. Apa tidaknya, cuti gurulah yang paling banyak kerana setiap kali sekolah cuti, guru pun bercuti bagi pandangan kasar mereka yang jahil.
Sebenarnya, apa yang terjadi di sesetengah sekolah sekarang (belum lagi dipaksa 9 jam) ada yang bekerja melebihi 9 jam. Apa tidak kalau waktu masuk sekolah pukul 7.00 pagi dan balik pada pukul 4.30 petang. Pukul 5.00 pula, ada lagi guru yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum seperti kelab, persatuan, badan uniform dan sukan.
Pada hakikatnya, kerja yang terbeban di sebalik itu masih lagi banyak yang terpaksa ditanggung oleh guru. Selain daripada kerja hakiki, menanda buku sampai kerumah, membuat persiapan mengajar, menceriakan kelas dan membuat kerja perkeranian, guru juga terpaksa dan dipaksa turun waktu cuti atau hujung minggu bagi menghadiri mesyuarat sekolah yang biasanya diadakan pada hari Sabtu kerana ada segelintir pengetua yang tidak mempunyai perasaan kemanusiaan dengan alas an tidak mahu menganggu waktu P&P.
Ada juga guru yang diganggu waktu cutinya dengan arahan menghadiri kursus-kursus. Ada juga guru yang diarahkan datang bekerja sewaktu cuti bila datangnya arahan dari pihak atas untuk menyelesaikan sesuatu tugas dan dipaksa menyiapkan dalam cuti. Di mana sebenarnya waktu cuti cikgu??
Sedarlah wahai pemimpin di atas yang mempunyai kuasa sementara yang tidak dapat menandingi kuasa Allah yang mengatasi segalanya bahawa guru-guru pun ada tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. Berilah juga masa untuk guru bersama keluarga dan menyelesaikan urusan peribadi. Janganlah sampai mendera dan melanggar hak asasi guru-guru atas alasan kerja.
Saya bersetuju dengan cadangan guru bekerja 9 jam ini dengan syarat: pertama, waktu kerja memang tetap 9 jam sahaja tanpa penambahan waktu yang terselindung disebaliknya. Kedua, Semua pihak tidak lagi mengganggu waktu cuti guru walau apa alasan sekalipun. Dan ketiga, beri kuasa kepada guru-guru untuk menyaman pihak pentadbir dan pihak yang bertanggungjawab di atas kecuaian mereka mematuhi masa bekerja yang ditetapkan.
2 comments:
bro,
aku just nk komen sket je.sblm cikgu-cikgu nk mntk macam2,ingat la kami dari perkhidmatan lain.
aku J41-engineer,aku keje sepatutnye 8am smpi 5pm.aku nk highlight 'sepatutnya'. requirement utk masuk sbg J41 in gov sect, bkn mcm dulu bro. we must excel in every field.
x perlu cite panjang2, aku salah seorang drpd pegawai tender. kursus sabtu ahad tu perkara biasa la.normal.kalo kursus hari biasa tu pelik.aku ada 1 unit yg aku jaga dengan pegawai seramai 20 org.yg plg muda umur 22 and paling tua umur 51. aku baru middle of 20, married.kte x yah cerita la pasal perangai org-org tua keje,just nk focus tentang time bekerja.
balik keje pukul 5?jgn harap la.paling awal aku bleh kuar ofis dalam kul 8~9 mlm.tu normal.kalo esoknya ada meeting dgn KSU or ketua pengarah biasanya balik dalam kul 12.tu pun sbb kena halau dgn guard.makian dan kata-kata kesat dari KSU, pengarah, pegawai e-perolehan tu makanan je hari2.
keje 9 jam ni jarang2 terjadi dalam hidup aku. keje lebih, OT xde, cuti ganti xde.kire ikhlas je.
aku x mengatakan kau x bersyukur.cuma pandanglah sekeliling, pada rakan2 lain dari jabatan lain. kami lebih menderita.
xbyk pon ckgu minta jika dibandingkan dgn tugasan yg ada skang. waktu kerja kita hampir sama je. ckgu walaupun dlm kertasnye balik awal, tapi kerja lain yang dibawa pulang masih ada. cuma orang awam je xmengerti kerja disebalik tabir tersebut..
Post a Comment