Mulai tahun ini, semua sekolah menengah
vokasional seluruh Malaysia telah menawarkan kursus Koloj Vokasional walaupun
naiktaraf ini belum lagi secara rasmi. Intake pertama bagi sekolah bukan rintis
ialah 21.1.2013. Bagi sekolah rintis KV pula sudah lebih setahun berjalan.
Setakat ini timbul beberapa isu yang kurang
menyenangkan ibubapa dan guru yang mengajar KV. Dikalangan ibubapa, mereka
risau akan masa depan anak mereka kerana tidak mengambil Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), halatuju KV yang tidak diperjelaskan dengan terperinci dan
peluang kerjaya yang tidak stabil.
Untuk pengetahuan ibubapa, matlamat KV
adalah untuk melahirkan tenaga mahir dan separa mahir untuk memenuhi industri
diluar sana. Pecahan keluaran KV adalah 70% untuk industri, 20% untuk
melanjutkan pelajaran dan 10% untuk menjadi usahawan. Pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
(BPTV) dari semasa ke semasa akan berbincang dengan pihak-pihak yang mempunyai
kepentingan untuk melaksanakan kurikulum KV dan badan-badan pengiktirafan di
dalam dan luar Negara untuk mengiktiraf kursus-kursus yang dijalankan. Sehingga
kini KV telah diiktiraf oleh MQA dan badan kemahiran.
Dikalangan guru pula, wujud yang tidak puas
hati kerana terpaksa mengajar lebih masa berbanding sekolah biasa dengan gaji
yang sama. Guru juga hanya dibekalkan NOSS KV dan perlu menggubal sendiri kertas penerangan, kertas tugasan dan
kertas penilaian yang akan digunakan. Ini akan mewujudkan ketidak seragaman
dari segi bahan edaran tersebut di setiap KV. KV juga masih lagi menghadapi
masalah dari segi prasarana dan kelengkapan bengkel untuk menjalankan kursus.
Kegusaran yang timbul ini perlu ditangani segera
oleh BPTV supaya perkara yang berbangkit kini dapat diselesaikan dengan cara
menang-menang. Penjelasan juga perlu dibuat dan disiarkan kepada umum. Semoga
tindakan pantas pihak BPTV dapat menyelesaikan masalah yang timbul.
3 comments:
salam... sy ingin bertanya.. berkenaan masalah guru di atas, adakah masalah kemahiran teknikal guru juga menjadi isu utama bagi guru2 tersebut?
salam... sy ingin bertanya.. berkenaan masalah guru di atas, adakah masalah kemahiran teknikal guru juga menjadi isu utama bagi guru2 tersebut?
setakat ini tiada keseragaman dari segi bahan mengajar, sbb dlm pengetahuan sy, hanya NOSS shj dibekalkan. Nota untuk pelajar atas inisiatif tenaga pengajar. Kalau nak pertikai kemahiran guru teknikal, dorang semua kebanyakan dari maktab teknik dan dalam masa yg sama mereka dipaksa ambil SKM. Kekangan masih ada dari segi peralatan pengajaran je. Kalau kelengkapan dah settle, mungkin tiada lg masalah kot.
Post a Comment