Kelantan penuh dengan warisan budaya dan keunikannya. Ini
adalah tarikan utama orang luar untuk berkunjung ke Kelantan. Kebanyakan mereka
datang menggunakan pengangkutan sendiri kerana lebih mudah untuk bergerak ke
sesuatu tempat. Tapi apa yang menjadi masalah dan kesulitan kepada pengunjung
ialah keadaan papan tanda yang mengelirukan, tidak nampak kerana kedudukan yang
rendah dan tidak menunjuk arah sehingga ke destinasi.
Perkara ini bukan setakat memberi masalah kepada pengunjung
luar bahkan rakyat Kelantan sendiri yang jarang-jarang memandu di kawasan
bandar amat keliru dan papan tanda arah pula hanya separuh jalan. Selepas itu
dah hilang arah. Bagi yang tidak tahu jalan dah boleh tersesat. Dalam
pemerhatian aku, hanya di Jajahan Gua Musang sahaja yang mempunyai papan tanda
yang memudahkan.
Dalam usaha kita di Kelantan untuk menarik lebih ramai lagi
pelancong luar, aspek ini perlu diberi perhatian yang serius. Jika papan tanda
jalan jelas, mudah nampak, dan sampai ke destinasi, ia akan memudahkan semua
pihak termasuklah pelancong tempatan.
Amatlah diharapkan pihak kerajaan negeri melalui pihak
berkuasa tempatan menaiktaraf semua papan tanda yang ada dan menambah
bilangannya ditempat-tempat yang strategik dan menjadi tumpuan ramai. Semoga
negeri kita dan rakyatnya akan bertambah makmur dan berkat dengan rezeki yang
dilimpahkan Allah melalui jalan pelancongan.
No comments:
Post a Comment