Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, February 4, 2013

Perjalanan Kolej Vokasional

Mulai tahun ini, semua sekolah menengah vokasional seluruh Malaysia telah menawarkan kursus Koloj Vokasional walaupun naiktaraf ini belum lagi secara rasmi. Intake pertama bagi sekolah bukan rintis ialah 21.1.2013. Bagi sekolah rintis KV pula sudah lebih setahun berjalan.  

Setakat ini timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan ibubapa dan guru yang mengajar KV. Dikalangan ibubapa, mereka risau akan masa depan anak mereka kerana tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), halatuju KV yang tidak diperjelaskan dengan terperinci dan peluang kerjaya yang tidak stabil.

Untuk pengetahuan ibubapa, matlamat KV adalah untuk melahirkan tenaga mahir dan separa mahir untuk memenuhi industri diluar sana. Pecahan keluaran KV adalah 70% untuk industri, 20% untuk melanjutkan pelajaran dan 10% untuk menjadi usahawan. Pihak  Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dari semasa ke semasa akan berbincang dengan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan untuk melaksanakan kurikulum KV dan badan-badan pengiktirafan di dalam dan luar Negara untuk mengiktiraf kursus-kursus yang dijalankan. Sehingga kini KV telah diiktiraf oleh MQA dan badan kemahiran.

Dikalangan guru pula, wujud yang tidak puas hati kerana terpaksa mengajar lebih masa berbanding sekolah biasa dengan gaji yang sama. Guru juga hanya dibekalkan NOSS KV dan perlu menggubal  sendiri kertas penerangan, kertas tugasan dan kertas penilaian yang akan digunakan. Ini akan mewujudkan ketidak seragaman dari segi bahan edaran tersebut di setiap KV. KV juga masih lagi menghadapi masalah dari segi prasarana dan kelengkapan bengkel untuk menjalankan kursus.

Kegusaran yang timbul ini perlu ditangani segera oleh BPTV supaya perkara yang berbangkit kini dapat diselesaikan dengan cara menang-menang. Penjelasan juga perlu dibuat dan disiarkan kepada umum. Semoga tindakan pantas pihak BPTV dapat menyelesaikan masalah yang timbul. 

3 comments:

LeeN_L_EeZ said...

salam... sy ingin bertanya.. berkenaan masalah guru di atas, adakah masalah kemahiran teknikal guru juga menjadi isu utama bagi guru2 tersebut?

LeeN_L_EeZ said...

salam... sy ingin bertanya.. berkenaan masalah guru di atas, adakah masalah kemahiran teknikal guru juga menjadi isu utama bagi guru2 tersebut?

Muhaza said...

setakat ini tiada keseragaman dari segi bahan mengajar, sbb dlm pengetahuan sy, hanya NOSS shj dibekalkan. Nota untuk pelajar atas inisiatif tenaga pengajar. Kalau nak pertikai kemahiran guru teknikal, dorang semua kebanyakan dari maktab teknik dan dalam masa yg sama mereka dipaksa ambil SKM. Kekangan masih ada dari segi peralatan pengajaran je. Kalau kelengkapan dah settle, mungkin tiada lg masalah kot.