Ditulis oleh;
muhaza
.
-->
muhaza
Halaman
HOME
PERGURUAN
JOM GELAK
JOM MELENCONG
T&C
TQVM FOR CLICK
Friday, May 11, 2012
Sambutan Hari Guru 2012
Selamat menyambut Hari Guru 2012 kepada semua pendidik di Malaysia khususnya kepada guru-guru yang pernah mengajar aku sehinggalah hari ini. Jasa cikgu sekalian hanya Allah yang mampu membalasnya.
Untuk sambutan tahun ini, Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Perak. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah hendaklah dilaksanakan serentak dengan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.
Semua warga sekolah diminta mengikuti siaran secara langsung pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 melalui siaran langsung di RTM1 dan EDEWEB TV mulai pukul 11.00 pagi. Sekolah-sekolah berasrama dikehendaki mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin pada 10.5.2012.
Tema Hari Guru tahun ini ialah,
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.
Berikut ialah bait2 lagu untuk sambutan tersebut:
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
大家都欣赏鼓舞人心的故事!你您可在 #ProjectListen 那里大家分享深得你心的故事!
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TQVM FOR CLICK ;)
No comments:
Post a Comment