Keputusan terbaik yang diraih oleh BN selepas itu ialah semasa PRU 2004 dan ketika itu Pak Lah menjadi PM. BN hampir merampas kembali Kelantan dengan beza satu kerusi DUN sahaja.
Untuk PRU 13 ini, UMNO Kelantan berusaha dengan pelbagai cara untuk merampas kembali Kelantan dan mengukuhkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.
Oleh sebab perbezaan politik yang ketara itu, negeri Kelantan sentiasa menjadi perhatian dan dijadikan kayu pengukur sokongan rakyat kepada kerajaan. Ada yang datang ke Kelantan semata-mata untuk mengkaji sosiologi rakyat sehingga wujudnya perbezaan politik yang ketara.
Apa yang menariknya di Kelantan, rakyat Kelantan jarang merungut apabila berhadapan dengan masalah. Tengoklah isu air di Kelantan. Walaupun setiap kali PRU di hebohkan dengan isu air, ia bagaikan tidak 'makan saman' oleh orang Kelantan. Jika bekalan elektrik terputus, hanya beberapa orang sahaja yang membuat aduan di TNB. Itulah yang peliknya rakyat Kelantan. Mungkin kesabaran yang tinggi yang dititikberatkan dalam jiwa setiap rakyat yang membuatkan mereka jadi begitu.
Tapi apa yang pelik, ada juga yang sanggup menolak bantuan kerajaan pusat demi prinsip yang dipegang selama ini. Pondok Berangan yang diberikan bantuan sebanyak RM100000 menolak tawaran tersebut semalam.
Walau apa pun yang akan berlaku di Kelantan selepas PRU 13 nanti, diharapkan agar rakyat Kelantan menjaga jati diri dan tidak lupa untuk berbakti kepada negeri kelahiran kita.
No comments:
Post a Comment