Ditulis oleh;
muhaza
.
-->
muhaza
Halaman
HOME
PERGURUAN
JOM GELAK
JOM MELENCONG
T&C
TQVM FOR CLICK
Monday, May 7, 2012
Perancis tukar Presiden sekular
Rakyat Perancis telah memilih
Pemimpin Sosialis Francois Hollande sebagai Presiden baru Perancis dengan memenangi pusingan kedua pemilihan yang berlangsung semalam - keputusan yang dijangka akan membawa kesan ke atas perkembangan politik dan ekonomi di Eropah.
Hollande yang memperoleh sekitar 52 peratus undi berkata, beliau bangga untuk menerajui negara itu.
Hollande mengisytiharkan kemenangannya sebagai "satu detik yang hebat bagi negara kita dan satu permulaan baru bagi Eropah."
Pemimpin itu menjanjikan kepimpinan bagi setiap rakyat Perancis.
Beliau muncul sebagai presiden sayap kiri pertama sejak Francois Mitterrand bersara pada 1995.
Dengan hampir kesemua kertas undi sudah selesai dikira, Hollande mendahului dengan menerima 51.6 undi manakala Sarkozy pula 48.4 peratus. Peratusan keluar mengundi 80 pertus.
Sarkozy dipilih sebagai Presiden Perancis pada 2007 tidak disenangi oleh majoriti penduduk yang beragama Islam kerana dasarnya yang cuba menyekat kebebasan beragama di negara tersebut. Dengan beberapa larangan termasuk memakai hijab dikalangan wanita Islam menjadi titik permulaan kearah penentangan pemerintahan Sarkozy.
Di Malaysia juga, angin perubahan dilihat semakin marak tetapi cuba diredakan oleh pemimpin veteran yang sebelum ini pernah berkempen untuk pembangkang. Dengan PRU-13 yang dijangka amat hampir iaitu selepas Perhimpunan Agung UMNo ke 66, pihak BN dilihat begitu aktif berkempen dengan pemimpin utamanya telah menjelajah ke seluruh pelusuk negara untuk menabur janji dan saguhati kepada untuk memenangi pilihanraya nanti.
Detik pembubaran parlimen amat ditunggu dengan rasa berdebar terutama ahli politik tanah air yang ingin berebut menjadi calon.
Hooked on to 9GAG? Reddit? Check out #ChurpChurp! U're gonna be hooked on d stories we have!
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TQVM FOR CLICK ;)
No comments:
Post a Comment