Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, March 30, 2012

Sokong Palestin


Jom sama-sama kita keluar dan berkumpul di Stadium Melawati Shah Alam petang ini bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka dari kepungan israel.

Laman rasmi Global March to Jerusalem ---> http://gm2j.com/main/

Patut la tak pernah serik

Sumber gambar dari facebook

Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1995 terlalu ringan dan tidak memberi kesan kepada pesalah-pesalah moral di negara ini. Hukuman denda yang tidak melebihi RM25 dan penjara tidak lebih 14 hari itu patut di kaji semula memandangkan masalah moral dan sosial di negara yang semakin meningkat saban hari.

Hukuman yang ringan ini diperlekehkan oleh mereka kerana setakat RM25, mereka mampu bayar. Matlamat menjatuhkan hukuman ke atas pesalah adalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka di atas kesalahan yang di lakukan. Tetapi jika terlalu ringan ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada si pesalah.

Memandangkan kita sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai Agama rasmi dan menjadi majoriti, undang-undang bersabit kesalahan berkaitan Islam perlu lebih tegas supaya umat Islam sendiri tidak memperlekehkannya. 

Thursday, March 29, 2012

Demokrasi


Kerajaan Junta Myanmar cuba memulihkan demokrasi dengan memberi peluang untuk parti yang bertanding dalam pilihanraya muncul selama 15 minit dalam telivisyen arus perdana di negara mereka. Walaupun ada beberapa perkara yang dimasukkan ke dalam kempen pihak pembangkang dilarang disiarkan pihak junta, namun langkah yang di ambil boleh di puji.

Tu di negara yang diperintah oleh tentera. Di negara kita, langkah ke arah itu 'jauh panggang dari api' la. Kalau dibanding dengan Media arus perdana negara kita, ia lebih kepada satu pihak je. Jarang beri peluang pihak pembangkang mengulas atau menjawab sesuatu isu. Kalau ada pun, ayat yang di siarkan tidak sepenuhnya.

Sebab itu la, bila tengok berita di TV, lebih-lebih lagi dekat-dekat pilihanraya macam ini, jadi menyampah. Sebab apa yang dipaparkan tidak sama dengan realiti yang berlaku. Sekarang ini, kalau aku nak baca perkembangan berita semasa, aku lebih suka baca Sinar Harian. Walaupun ulasan berita dia tak sedap, tapi setakat ini berita dia tidak lah dilihat memihak kepada mana-mana parti. Semoga Sinar Harian terus kekal memberi liputan yang adil.

Sebenarnya, kalau di fikir-fikir, apa yang berlaku di Myanmar menempelak demokrasi negara kita. 

Susulan Laporan tidak membenarkan guru Cuti Bersalin 90 Hari


Selepas ada kes yang tidak mebenarkan guru mengambil cuti bersalin selama 90 hari oleh ketua jabatan/pengetua/guru besar, NUTP mengambil langkah proaktif untuk membela ahlinya. Isu ini telah disuarakan ke peringkat atas dan telah di ulas oleh Menteri terlibat.

Semoga selepas ini tidak ada lagi kes pemerintahan kuku besi di sekolah dengan menyekat hak-hak guru yang sepatutnya.

Kepada guru-guru yang belum mendaftar sebagai ahli NUTP, ambil langkah segera supaya kebajikan anda terbela. Hubungi mana-mana cawangan NUTP terdekat atau layari http://www.nutp.org/ atau http://nutp.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

Tuesday, March 27, 2012

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Bagi sesiapa yang berminat bolehlah memohon melalui online di http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/login.cfm

Untuk syarat-syarat, program yang di tawarkan dan cara permohonan, anda boleh layari terus Portal KPM di  http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/iklan-permohonan.cfm

Jika anda berminat untuk menjadi guru, jangan lepaskan peluang ini.





Monday, March 26, 2012

Permohonan pertukaran guru 6/2012


Perhatian kepada semua guru yang ingin bertukar tempat kerja, Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012. 


Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula. 

Nasib Lotus?

Setelah pulangnya Proton kepada 'bapak' dia, banyak juga perubahan yang dilakukan oleh DRB Hicom dalam memperkasakan Proton untuk lebih berdaya saing di dalam dan luar negara. Antara langkah yang di ambil ialah melantik Datuk Seri Mohd Khamil Jamil sebagai CEO Proton yang baru menggantikan Datuk Nadzmi Mohd Salleh yang meletak jawatan.

Langkah ini bagi melicinkan lagi perjalanan dan pengurusan syarikat Proton dengan induknya. Setakat ini DRB Hicom belum lagi mengumumkan status anak syarikat Proton di Britain iaitu LOTUS. Perkembangan ini sentiasa di pantau oleh ahli perniagaan kerana Lotus antara pengeluar kereta sport terkemuka di dunia. Tetapi semua mengharap agar pengurusan baru ini tidak mengambil langkah untuk membuat kesilapan kedua setelah penjualan MV Agusta dahulu.

Sebelum ini, walaupun Proton menguasai Lotus tetapi Proton belum lagi menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada di Lotus. Demi meningkatkan jualan dan mengurangkan kos pengeluaran, DRB Hicom perlu mengorak langkah yang lebih agresif untuk menaikkan jenama negara tersebut. Tugas yang dipikul oleh DRB amat berat kerana selain daripada Proton, DRB mempunyai kerjasama dengan beberapa syarikat lain dalam pemasangan kenderaan di negara ini.

Apa-apa pun semoga syarikat Proton terus maju dan menjadi antara pengeluar kereta yang dikenali bukan setakat rantau asia tetapi dunia.

Saturday, March 24, 2012

Menarik hari ini

1. Isu penswastaan KTMB
KTMB menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang sangat penting dalam negara ini. Beribu rakyat menggunakan perkhidmatan ini setiap hari dalam menjalani aktiviti seharian. Penswastaan KTMB sebelum ini tidak berjaya dilakukan disebabkan banyak faktor dan kini proses ke arah itu sedang dikaji semula. Tapi kebanyakan pekerja KTMB tidak bersetuju dengan idea itu. Tapi secara jujur, aku pun tak setuju juga. Itulah pengangkutan utama aku untuk balik ke kampung sewaktu dulu dan kini. Dan setiap kali musim perayaan KTMB lah yang menjadi pengangkutan pilihan warga kota terutama untuk pulang ke antai timur. Perkhidmatan KTMB semakin baik kini. Apa yang dibimbangi selepas penswastaan ialah kenaikan harga tambang dan pembuangan pekerja. 


2. Isu debat PM dan Anwar
Masih menyepi dengan pelawaan anwar menyebabkan rakyat keliru dan ternanti-nanti reaksi PM.

3. Gaji baru
Semasa membatalkan SBPA 8 Mac dulu, TPM sudah mengingatkan pihak yang terlibat supaya mempercepatkan proses pembayaran gaji baru. Beliau meminta supaya gaji baru tersebut dapat dibayar pada bulan 4 ini. Tapi sampai sekarang JPA belum keluarkan pekeliling mengenai perkara tersebut. Kalau bulan 4 ni, belum dapat tunggakan pun tak kisah lagi, tapi harap sangat agar gaji baru masuk.

Buat apa ek?

Erm boring betul rasa hari ini. Balik kampung pun tak dapat sebab sekolah ganti tadi. Nak balik dah terasa lewat sebab 3 jam gak nak sampai Sri Aman. Isteri masih di sana kerana cuti. Minggu depan nak balik gak la. Tengok anak dah besar ke. huhu.. Esok sehari lagi, nak buat apa la pulak  Aku planning nak mendaki gunung santubong, tapi xde geng plak. Erm...

Friday, March 23, 2012

Cegah sebelum parah

Cadangan  Datuk Baharum Mohamad (BN-Sekijang) supaya diwujudkan sebuah pusat pemulihan bagi golongan yang bernafsu songsang di negara supaya aktiviti jenayah mereka dapat dikekang. Pusat pemulihan khas bagi golongan tersebut perlu direalisasikan segera kerana kajian menunjukkan 3 daripada 10 orang lelaki di Malaysia mengamalkan gay. Jika diamati, angka ini amat besar.

Penubuhan pusat pemulihan bukanlah untuk menghukum mereka tetapi sebaliknya memberi dan menampung segala ilmu pada mereka agar mereka dapat menilai apa yang akan dilakukan dengan rasional. Kita perlu bendung gejala ini dari awal kerana kebanyakan yang berubah ke arah gaya hidup songsang itu adalah akibat daripada terpengaruh dengan kawan. 

Semasa aku belajar di UITM dulu, ada dikalangan rakan yang aku kenal, asalnya masuk memang tegak, perkasa dan macho. Tapi setahun selepas itu menjadi longlai, lenggok jalan dah mengalahkan perempuan dan jika dipandang tanpa mendengar suaranya, mesti sang lelaki terpikat disebabkan oleh terpengaruh dengan rakan. Tapi faktor yang utama ialah asuhan mak bapak di rumah. Dari kecil sengaja pakaikan pakaian perempuan kepada lelaki kerana obses nak anak perempuan. 

Sebelum menjadi parah dan golongan ini 'naik kepala' sehingga minta 'benda-benda pelik', hukuman perlu dijalankan. Walaupun undang-undang syariah telah ada dan berkuatkuasa di Malaysia, kaedah pembuktian untuk mensabit kesalahan ke atas penjenayah masih lagi lemah. Dengan kata lain, untuk mengheret mereka ke mahkamah amat susah kerana kekurangan bukti. Sedangkan yang terang-terangan mengaku gay di youtube pun tiada tindakan yang di ambil. 

Pihak berkuasa perlu mengkaji segera kaedah yang efektif bagi membendung kes ini supaya rakyat Malaysia dapat hidup harmoni tanpa gangguan-gangguan atau pengacau yang membawa budaya kotor ke negara yang harmoni dan aman ini.

Thursday, March 22, 2012

Keputusan SPM


Tahniah kepada semua lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang semalam. Keputusan yang diperoleh adalah atas usaha dan kerajinan anda disamping bantuan dan bimbingan guru-guru yang terlibat. GPN SPM tahun ini dikatakan meningkat dan terbaik dalam 5 tahun lepas. 

Bagi mereka yang lain, peluang untuk anda mencari kejayaan belum lagi tertutup. Anda boleh lagi melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 atau memohon mana-mana institusi yang menawarkan kemahiran seperti pusat pembangunan kemahiran di negeri masing-masing (kecuali Kelantan dan Perlis) atau pusat giat mara yang hampir setiap daerah ada.

Kemahiran ini amat berguna untuk menambahkan ilmu dan meningkan potensi diri serta membuka peluang yang cerah untuk mendapatkan pekerjaan kelak. Yang penting anda sanggup berusaha..

Wednesday, March 21, 2012

Cuti bersalin 90 hari

Kakitangan kerajaan hendaklah mengikuti perkembangan semasa yang berlaku supaya tidak tertindas dan ditindas oleh majikan atau ketua jabatan mengenai arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian atau jabatan masing-masing. Ini kerana ada kes yang berlaku dimana ketua jabatan tidak membenarkan pekerja bercuti 90 hari untuk cuti bersalin dengan alasan tidak cukup kakitangan.

Jika ini berlaku kepada anda, sila laporkan terus kepada Cuepacs di alamat: (Wisma CUEPACS, 34A, Jalan Gajah, Off Jalan Yew Pudu, 55100 Kuala Lumpur) atau telepon: 603-92856110, 603-92852081 atau fax: 603-92859457.

Kes di KL telah membuka mata kakitangan awam lain dimana pihak kementerian akan menyiasat kejadian ketua jabatan yang tidak membenarkan kakitangannya mengambil cuti 90 hari. Timbalan Ketua Wanita Gerakan Datuk Ng Siew Lai berkata Cuti 90 hari itu telah diputuskan oleh kerajaan dan ketua jabatan tidak berhak mengabaikan peraturan itu atau menafikannya. 


Pekeliling mengenai cuti bersalin boleh didapati di http://www.moe.gov.my/?id=162&act=pekeliling&cat=14&info=2009 dan cari PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2/1998 , 26.4.1998 PERINTAH AM BAB (C) 25/26.


Ketahui tentang CUTI GURU di sini

Tuesday, March 20, 2012

Cukai Prepaid

Tahun lepas, isu telco yang cuba memindahkan cukai kerajaan sebanyak 6% kepada pengguna mendapat liputan meluas pihak NGO dan media sehingga campurtangan kerajaan untuk meredakannya. Majoriti rakyat tidak bersetuju dengan tindakan mengenakan cukai ke atas pengguna prepaid kerana ia membebankan

Monday, March 19, 2012

Ayah


Ayah
Telah lama kau meniti perit hidup ini
Berusaha menyempurnakan keperluan kami

Mahalnya amah

RM700 bagi 1 tugasan yang spesifik!! Betulkah kenyataan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usma, yang  menyatakan bahawa satu persetujuan telah dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia berhubung hal ini. Sedarkah JTF ini tentang pendapatan kebanyakan rakyat sehingga meletakkan syarat sedemikian.

Sunday, March 18, 2012

Projek Jalan Petrajaya-Matang bermula

Projek menaiktaraf dan pelebaran jalan Petrajaya-Matang di Kuching bermula. Kerja-kerja pengukuran dan penandaan telah dilakukan. Papan tanda pun kelihatan sudah dinaikkan. Mungkin kerja-kerja menambun dan merata tanah di

Hubungan Amerika-Israel


Tuesday, March 13, 2012

Resolusi gila

PBB yang tidak peka dengan sensitiviti beragama telah membuat satu kesilapan besar dengan meluluskan satu resolusi mengiktiraf lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LGBT) dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender, dan perkahwinan sejenis. Resolusi yang diluluskan pada 17.6.2011 itu dilihat sebagai diskriminasi beragama dan menjurus kepada zaman kegelapan seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Luth.

BN akan kalah di kawasan Cina

Semasa bersembang di kedai kopi, ada member yang berbangsa cina mengutarakan topic mengenai PRU 13 yang dijangka tidak lama lagi. Dorang menyatakan bahawa ramai dikalangan pengundi Cina di negeri ini  tidak lagi menyokong kerajaan BN dan berharap dapat digantikan dengan kerajaan baru pada pilihanraya nanti.

Friday, March 9, 2012

Tolong keluarkan Hafiz

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diseru agar menggantikan kedudukan pemain perseorangan kedua Negara Muhammad Hafiz Hashim dengan pemain lain yang lebih muda dan memberi saingan dalam setiap perlawanan untuk Piala Thomas di Wuhan nanti. Ini kerana prestasi Hafiz yang begitu teruk kebelakangan ini membuatkan peminat sukan badminton menyampah dengan kehadiran Hafiz yang tidak menunjukkan sifat berlawan serta menyerah kalah dengan terlalu mudah dalam setiap perlawanan akhir-akhir ini. 

Thursday, March 8, 2012

SBPA batal

Dalam pengumuman oleh Perdana Menteri di perhimpunan Cuepacs pagi tadi, SBPA di batalkan dan SSM diteruskan dengan penambahbaikan.

Pelarasan gaji 13% pada semua kakitangan dari gred 1 hingga gred 54, 9% untuk gred utama dan khas C, B, A, 8% untuk JUSA TURUS 3 DAN TURUS 2 dan 7% untuk JUSA TURUS 1 dan Ketua Setiausaha Negara.

Jelajah Dikir Barat



Memohon kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan agar dapat mengadakan satu siri jelajah dikir barat di setiap daerah setiap bulan

Wednesday, March 7, 2012

Propaganda Israel


Israel dengan sifat kejinya telah melaksanakan pelbagai cara untuk menjatuhkan Negara Islam. Kini Kerajaan Syria berdepan dengan ancaman pemberontakan dalaman untuk menjatuhkan

Tahun Melawat Kelantan 2012




Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) telah selamat disempurnakan perasmiannya oleh Tengku Mahkota Kelantan yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Tuesday, March 6, 2012

Diploma Kolej Vokasional

Pada 3.3.2012 yang lepas, satu perjumpaan antara guru-guru sekolah menengah teknik dan vokasional di seluruh Sarawak dengan pihak BPTV telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah BPTV, Tuan Haji Ahmad Tajudin B Jab.

Masa Sesuai

Masalah sosial yang berlaku di Sarawak semakin meningkat berdasarkan laporan . Laporan tersebut menunjukkan peningkatan golongan belia yang menghidap penyakit kelamin di negeri ini.

Monday, March 5, 2012

Mungkinkah dakwaan Hasan Ali betul?



Dengan pelbagai serangan dan dakwaan yang dibuat oleh Dato Hasan Ali mengenai kewujudan parasit dalam PAS yang cuba menjatuhkan golongan ulamak nampak semacam betul je di pandangan orang luar. Ini berikutan insiden terbaru

Sunday, March 4, 2012

Tanah Runtuh


Semasa aku balik ke Kuching dari Sri Aman tadi, ada kejadian tanah runtuh kira-kira 1 kilometer sebelum simpang ke Sungai Tenggang. Petang tadi telah dilakukan kerja-kerja pemulihan. Jalan masih boleh dilalui tetapi perlahankan kenderaan untuk langkah keselamatan.