Dah 53 tahun kita merdeka. Selama 53 tahun banyak kemajuan dan pencapaian telah kita gapai. Malaysia telah pun dikenali di seluruh dunia hasil kerja keras pemimpin-pemimpin kita. Ini amat membanggakan kita sebagai rakyat kerana mempunyai negara yang unik dan aman damai.
Untuk tahun yang mendatang bolehkah kita mempertahankan apa yang kita ada sekarang? Dengan adanya individu-individu yang kurang menghayati kemerdekaan negara, jati diri rakyat yang semakin luntur, dan ada juga yang cuba mempertikai Perlembagaan Negara yang telah termaktub. Itu tidak termasuk lagi cubaan pihak luar yang sememangnya mendengkikan kita dan membuat provokasi murahan untuk memburuk-burukkan kita.
Sama-samalah kita fikir dan mengambil langkah yang serius untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara kita. Kalau kita tidak mengambil berat tentang negara kita, kepada siapa lagi kita hendak harapkan?
No comments:
Post a Comment