Kebelakangan ini macam-macam isu telah didedahkan di akhbar tentang kejahilan rakyat Malaysia. Isu rogol, bersekedudukan dan zina yang paling sedihnya melibatkan ahli keluarga sendiri, isu buang bayi yang tidak mengira bulan Ramadhan, dan sebagainya.
Masalah ini makin berleluasa sehingga kabinet meluluskan rang undang-undang untuk mengheret pesalah buang bayi ini mengikut kanun membunuh dan cubaan membunuh. Tapi undang-undang macam tidak memberi kesan kepada yang melakukan perkara tersebut. Buktinya, selepas rang tersebut diluluskan ada lagi yang ditemui di buang.
Kabinet perlu mencari penyelesaian yang komprehensif iaitu pencegahan dari peringkat awal bukannya mencari penyelesaian selepas berlakunya kes tersebut. Maksudnya kerajaan perlu berbincang dengan cerdik pandai yang ada di Malaysia termasuk Alim Ulama' untuk mencari langkah-langkah yang sepatutnya untuk membendung kes rogol, zina dan sumbang mahram ini.
Sebelum negara kita menerima nasib yang sama seperti indonesia, Pakistan yang menerima diuji dengan bencana alam yang tidak mampu kita kawal,eloklah cari penyelesaian bagi masalah sosial tersebut. Ingatlah janji-janji Allah yang termaktub dalam Al-Quran.
Antara faktor utama ke arah gejala sosial kini ialah peranan media. Paparan media dengan adegan-adegan yang tidak senonoh bukan di ambil iktibar oleh penonton malahan di tiru pula dalam kehidupan seharian. Pihak yang bertanggungjawab dalam industri tersebut perlu ambil inisiatif yang berkesan ke arah mewujudkan masyarakat yang bebas gejala sosial dan berpegang erat pada Agama bukannya mencari keuntungan dunai saja.
Peranan IT dan jalur lebar tanpa kawalan pun memjadi faktor. Pelajar sekarang sudah celik IT. Anak umur 5 tahun pn dah pandai menonton video di youtube. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menapis dan mengharamkan aplikasi yang boleh merosakkan moral rakyat. Kalau hanya mengharapkan mereka sendiri menilai memang mereka tak akan menilai kerana sememangnya fitrah manusia suka kepada keseronokan tanpa berfikir kesan sebaliknya.
Selain faktor yang besar lain ialah kurang didikan agama, ibu bapa yang tidak yang tidak memainkan peranan mereka dan tidak bertanggungjawab, pengaruh rakan dan sebagainya. Faktor ini makain hari makin parah kerana kita lebih pentingkan dunia sehingga lupa adanya hari akhirat.
Fikir-fikirkanlah. Apalah yang akan jadi kepada anak cucu kita kelak jika hal ini tidak diselaikan sekarang.
No comments:
Post a Comment