Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, August 31, 2010

Namewee semakin biadab..


Namewee pernah mencetuskan kontroversi semasa menghina Lagu Kebangsaan Malaysia, Negaraku dengan membikin lagu negarakuku sekali menunjukkan kebiadabannya yang menghina negara ini dengan menerbitkan video terbaru di youtube yang memaparkan lagu yang mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar. Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

Sebelum ini pun, dia telah banyak menerbitkan video yang menjadi kontroversi kerana mengutuk kerajaan, menghina Yang Di Pertuan  Agong dan banyak lagi. Terbitannya banyak mengandungi hasutan dan fitnah yang boleh mencemarkan nama negara dan mendatangkan perpecahan di antara kaum.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan di atas perlakuan namewee supaya tidak berlakunya kemusnahan kepada perpaduan, keamanan dan kedaulatan negara ini dan tidak lahir namewee kedua dan ketiga. Kalau susah sangat tangkap sahaja di bawah akta ISA kerana menghasut sebelum ia menjadi nanah dan merosakkan negara ini.

Kerajaan dan pihak berkuasa tidak sepatutnya berlembut dengan orang seperti ini yang cuba merosakkan negara sendiri dan memalukan negara.

No comments: