Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, August 31, 2010

Kad Kahwin


Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-53


Dah 53 tahun kita merdeka. Selama 53 tahun banyak kemajuan dan pencapaian telah kita gapai. Malaysia telah pun dikenali di seluruh dunia hasil kerja keras pemimpin-pemimpin kita. Ini amat membanggakan kita sebagai rakyat kerana mempunyai negara yang unik dan aman damai.

Untuk tahun yang mendatang bolehkah kita mempertahankan apa yang kita ada sekarang? Dengan adanya individu-individu yang kurang menghayati kemerdekaan negara, jati diri rakyat yang semakin luntur, dan ada juga yang cuba mempertikai Perlembagaan Negara yang telah termaktub. Itu tidak termasuk lagi cubaan pihak luar yang sememangnya mendengkikan kita dan membuat provokasi murahan untuk memburuk-burukkan kita.

Sama-samalah kita fikir dan mengambil langkah yang serius untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara kita. Kalau kita tidak mengambil berat tentang negara kita, kepada siapa lagi kita hendak harapkan?


Namewee semakin biadab..


Namewee pernah mencetuskan kontroversi semasa menghina Lagu Kebangsaan Malaysia, Negaraku dengan membikin lagu negarakuku sekali menunjukkan kebiadabannya yang menghina negara ini dengan menerbitkan video terbaru di youtube yang memaparkan lagu yang mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar. Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

Sebelum ini pun, dia telah banyak menerbitkan video yang menjadi kontroversi kerana mengutuk kerajaan, menghina Yang Di Pertuan  Agong dan banyak lagi. Terbitannya banyak mengandungi hasutan dan fitnah yang boleh mencemarkan nama negara dan mendatangkan perpecahan di antara kaum.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan di atas perlakuan namewee supaya tidak berlakunya kemusnahan kepada perpaduan, keamanan dan kedaulatan negara ini dan tidak lahir namewee kedua dan ketiga. Kalau susah sangat tangkap sahaja di bawah akta ISA kerana menghasut sebelum ia menjadi nanah dan merosakkan negara ini.

Kerajaan dan pihak berkuasa tidak sepatutnya berlembut dengan orang seperti ini yang cuba merosakkan negara sendiri dan memalukan negara.

Saturday, August 28, 2010

Malaysia menuju Zaman Jahiliah


Kebelakangan ini macam-macam isu telah didedahkan di akhbar tentang kejahilan rakyat Malaysia. Isu rogol, bersekedudukan dan zina yang paling sedihnya melibatkan ahli keluarga sendiri, isu buang bayi yang tidak mengira bulan Ramadhan, dan sebagainya. 

Masalah ini makin berleluasa sehingga kabinet meluluskan rang undang-undang untuk mengheret pesalah buang bayi ini mengikut kanun membunuh dan cubaan membunuh. Tapi undang-undang macam tidak memberi kesan kepada yang melakukan perkara tersebut. Buktinya, selepas rang tersebut diluluskan ada lagi yang ditemui di buang.

Kabinet perlu mencari penyelesaian yang komprehensif iaitu pencegahan dari peringkat awal bukannya mencari penyelesaian selepas berlakunya kes tersebut. Maksudnya kerajaan perlu berbincang dengan cerdik pandai yang ada di Malaysia termasuk Alim Ulama' untuk mencari langkah-langkah yang sepatutnya untuk membendung kes rogol, zina dan sumbang mahram ini.

 Sebelum negara kita menerima nasib yang sama seperti indonesia, Pakistan yang menerima diuji dengan bencana alam yang tidak mampu kita kawal,eloklah cari penyelesaian bagi masalah sosial tersebut. Ingatlah janji-janji Allah yang termaktub dalam Al-Quran. 

Antara faktor utama ke arah gejala sosial kini ialah peranan media. Paparan media dengan adegan-adegan yang tidak senonoh bukan di ambil iktibar oleh penonton malahan di tiru pula dalam kehidupan seharian. Pihak yang bertanggungjawab dalam industri tersebut perlu ambil inisiatif yang berkesan ke arah  mewujudkan masyarakat yang bebas gejala sosial dan berpegang erat pada Agama bukannya mencari keuntungan dunai saja.

Peranan IT dan jalur lebar tanpa kawalan pun memjadi faktor. Pelajar sekarang sudah celik IT. Anak umur 5 tahun pn dah pandai menonton video di youtube. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menapis dan mengharamkan aplikasi yang boleh merosakkan moral rakyat. Kalau hanya mengharapkan mereka sendiri menilai memang mereka tak akan menilai kerana sememangnya fitrah manusia suka kepada keseronokan tanpa berfikir kesan sebaliknya.

Selain faktor yang besar lain ialah kurang didikan agama,  ibu bapa yang tidak  yang tidak memainkan peranan mereka dan tidak bertanggungjawab, pengaruh rakan dan sebagainya. Faktor ini makain hari makin parah kerana kita lebih pentingkan dunia sehingga lupa adanya hari akhirat.

Fikir-fikirkanlah. Apalah yang akan jadi kepada anak cucu kita kelak jika hal ini tidak diselaikan sekarang.


Friday, August 27, 2010

Keputusan yang adil


Merujuk kepada kejadian menyimbah cat dan melempar botol arak di surau Taman Pulai Impian, Sikamat, kerajaan perlulah mengambil tindakan yang keras dan sewajarnya kerana perkara tersebut boleh mendatangkan bahaya yang serius yang menyebabkan pergaduhan kaum seperti yang berlaku di Pasir Gudang pada tahun 2007 dahulu. Tindakan remaja yang tidak menghormati kesucian rumah ibadat orang Islam itu sama seperti tindakan yang membakar Gereja Metro Tabernacle di Taman Desa Melawati pada 8 Januari lalu. Hal ini perlu diselesaikan dengan cara yang sama supaya adil dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

Rakyat Indon Xsedar Diri

Memang kurang ajar rakyat indonesia yang telah membakar dan meludah bendera, membaling najis ke Kedutaan Malaysia dan macam-macam tuduhan lagi yang dilemparkan. Si bangsat tu tak sedar diri bahawa berapa ramai rakyat indon yang mengemis di Bumi Malaysia ni. si bangsat sepatutnya rasa bertuah kerana Malaysia adalah negara pertama yang akan menghulurkan bantuan kepada si miskin ni bila berlakunya bencana alam ataupun sebagainya.

Media indon adalah faktor utama yang menjadi tonggak kepada tindakan bodoh yang yang dilakukan rakyat indon ini. Manakala kerajaan indon pula yang mengambil sikap sambil lewa menyemarakkan lagi kebodohan rakyat mereka.

indon sepatutnya sedar dan insaf dengan pelbagai bencana yang telah diturunkan kepada mereka seperti tsunami, gunung berapi dan banjir besar. Tapi mereka melakukan tindakan sebaliknya yang menyerlahkan lagi kebodohan daripada keangkuhan dan kedangkalan mereka.

Sedar lah wahai indon-indon sekalian. Insaflah dan betulkan balik cara dan sikap kamu terhadap jiran yang telah banyak membantu anda sebelum kamu menyesal.


Monday, August 23, 2010

Berita gembira untuk cuti raya

Alhamdulillah. Dapat la cuti lama skit masa raya nanti. Cuti bermula pada 4/9 dan di buka semula pada 20/9/2010. Banyak manfaat bila dapat cuti panjang ni. Semestinya dapat luangkan masa yang lebih bersama mak tersayang. Hehe. Yang lainnya, tak perlu la nak bersesak kat jalan raya masa balik dan datang nanti.

Sunday, August 22, 2010

Erm..


Erm.. dah 3 hr xcontact my fiancee. tgk la smpai bila blh brthn. Ya Allah, bg lah petunjuk pada hambaMu ni Ya Allah.

Sunday, August 15, 2010

Tempat lama Tuan baru


Hari ini bermula episod lain dalam hidup aku kerana hari ini aku pindah ke asrama semula tetapi dengan ketua warden yang baru. Semoga ia memberi pengalaman baru dalam hidup aku dan menjalankan tugasku dengan sempurna.

Friday, August 13, 2010

Buang bayi adalah kes bunuh.


Alhamdulillah, dengan kehadiran bulan yang dimuliakan Allah s.w.t. semoga umat islam mendapat rahmat dan pengampunan daripada Allah s.w.t. Tetapi kehadiran bulan yang berkat ini sedikitpun tidak memberi keinsafan kepada sesetengah manusia yang tidak mempunyai akal fikiran dalam menilai baik atau buruk sebelum melakukan sesuatu perkara. Allah telah menganugerahkan manusia benda yang paling bernilai di dunia ini, tapi disia-siakan oleh mereka yang berhati binatang tersebut.

Dalam membendung masalah pembuangan bayi ini, saya menyokong penuh inisiatif yang di ambil oleh kabinet untuk mengenakan hukuman gantung kepada pesalah-pesalah yang membuang bayi. Pihak berkuasa perlu megambil tindakan yang serius bagi membendung kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sebelum menjadi lebih parah. Rakyat dah muak mendengar kes-kes ini yang tidak berkesudahan dan makin menjadi-jadi. Dengan adanya undang-undang ini diharap pihak yang sepatutnya menjalankan tugas dapat bertindak sewajarnya. Bendunglah kemungkaran yang berlaku supaya negara kita sentiasa aman dan sejahtera.

Thursday, August 5, 2010

Hari yang paling bengang


Hari ini bengang betul. Budak-budak ni buat kurang ajar. Suruh buat kerja sikit, nak lawan cikgu plak. Dia ingat dengan melawan cikgu tu, dia jadi bijak la kot. Tak pe la kalu rasa camtu. Cikgu ni pun manusia juga. Ada hati dan perasaan. Ada pula sesetengah mak bapak yang suka 'backup' anak dia yang buat salah ni. Kalu rasa cikgu tak boleh nak tegur langsung anak ko, bawa balik dan ajar la sendiri anak ko kat rumah. Camtu lebih baik daripada anak ko buat setan kat sekolah dan menghasut orang lain yang nak belajar.

Wednesday, August 4, 2010

waaa..


Minggu ni ada majlis gotong-royong la plak. Tp apa yang lebih seksa ialah apabila kena ambik alih tugas orang lain kerana dia g kursus. Adoi, terpaksa la buat. Mujur program ditunda pada hari Sabtu. Sempat lagi la nak 'settle' barang-barang yang nak digunakan.

Monday, August 2, 2010

Nilai 3


Semalam aku pergi ke Nilai 3 untuk mencari saki baki barang-barang untuk persediaan majlis perkahwinan nanti. Mak ai, banyak barang kat sini. Kelabu mata aku nak memilih. Mujur la dah siap senarai apa yang nak dibeli. So, takde la terbeli barang yang bukan keperluan. Kat nilai 3 ni kena pandai memilih. Sebab banyak sangat barang. Kedai yang jual barang yang sama pun banyak. So kena pandai la memilih untuk dapatkan harga yang murah.