Semalam aku dan famili pergi ke Kampung Telaga Air. Dah lama
tak pergi sana. Last pergi dulu sebelum kelahiran anak aku.
Kampung Telaga Air yang dulunya hanya dikenali dengan
kawasan perkampungan Melayu dan tempat pendaratan ikan sungai kini telah
berubah wajah.
Kawasan itu sekarang telah di majukan dengan pembinaan
tebingan sungai dan kemudahan awam yang lengkap.
Kini, Kampung Telaga air menjadi tumpuan samada pelancong
dalam dan luar yang datang bukan setakat untuk mendapatkan pelbagai hasil
sungai yang segar malah untuk memancing dan menenangkan fikiran selepas penat
bekerja.
Cantik kawasan ni. Boleh rilek-rilek, tempat untuk anak main
pun ada. Gambar je tak dapat nak snap banyak sebab dukung anak yang kecil.
Isteri tengah jaga yang sorang lagi tengah tidur dalam kereta. Tak dapat la nak
singgah lama.
Tempat ni tak jauh dari Matang. Nak ke sana pun senang je, ikut jalan raya dan arah jalan pun senang.
No comments:
Post a Comment