Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, April 29, 2014

Segerakan Peralatan KV

Hampir 3 tahun dah Kolej Vokasional (KV) diperkenalkan di Malaysja, tetapi peralatan untuk pembelajaran masih lagi belum ada dan mencukupi.
KV telah dilancarkan pada tahun 2010 dan pendaftaran rintis yang pertama pada 2011. Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional dinaikkan taraf KV sebagai perintis pada tahun tersebut.
Pada 2012 pula, semua sekolah menengah vokasional dinaikkan taraf KV. Setakat hari ini, peralatan yang digunakan adalah yang sedia ada dan kebanyakannya sudah rosak disebabkan usianya yang lama. PnP terpaksa bergantung dengan pusat bertauliah yang lain yang mempunyai alat yang ingin digunakan. Walaupun G to G, bayaran tetap juga dikenakan.
Apabila melibatkan kewangan, ada sesetengah pengetua yang bising. Ini yang menyukarkan guru untuk menyiapkan modul yang tiada peralatan di sekolah.
Oleh yang demikian, diharapkan pihak yang bertanggungjawab supaya dapat memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi dan memberi alternatif serta memberi cara penyelesaian terbaik supaya projek KV tidak menjadi seperti MPAV sebelum ini.

No comments: