Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, April 29, 2014

Segerakan Peralatan KV

Hampir 3 tahun dah Kolej Vokasional (KV) diperkenalkan di Malaysja, tetapi peralatan untuk pembelajaran masih lagi belum ada dan mencukupi.
KV telah dilancarkan pada tahun 2010 dan pendaftaran rintis yang pertama pada 2011. Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional dinaikkan taraf KV sebagai perintis pada tahun tersebut.
Pada 2012 pula, semua sekolah menengah vokasional dinaikkan taraf KV. Setakat hari ini, peralatan yang digunakan adalah yang sedia ada dan kebanyakannya sudah rosak disebabkan usianya yang lama. PnP terpaksa bergantung dengan pusat bertauliah yang lain yang mempunyai alat yang ingin digunakan. Walaupun G to G, bayaran tetap juga dikenakan.
Apabila melibatkan kewangan, ada sesetengah pengetua yang bising. Ini yang menyukarkan guru untuk menyiapkan modul yang tiada peralatan di sekolah.
Oleh yang demikian, diharapkan pihak yang bertanggungjawab supaya dapat memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi dan memberi alternatif serta memberi cara penyelesaian terbaik supaya projek KV tidak menjadi seperti MPAV sebelum ini.

Monday, April 21, 2014

SIHAT, MENAWAN BERSAMA SHAKLEE

Promosi..Promosi.. Saya adalah ejen Shaklee yang berdaftar. No. I.D: 1126732.

Sesiapa yang nak order boleh la sms/whatsapp/call 011-29930665.
Sesiapa yang belum cuba dan ingin tahu khasiat dan produk yang ada pun boleh sms/whatsapp/call 011-29930665.

Sama-sama kita menjaga kesihatan dan tampil menarik dengan produk yang telah diyakini berkesan dan terlaris di pasaran.

Apa yang Shaklee ada???


1. Set untuk kecantikan kulit

 2. Set kesihatan ESP (Produk Shaklee paling laris)

3. Set untuk tampil kurus


 4. Set kesuburan wanita

 5. Set kesuburan suami isteri


 Jangan ketinggalan..Order sekarang untuk dapatkan promosi dengan harga murah. sms/whatsapp/call 011-29930665 untuk keterangan lanjut.



Antara produk lain



Sesiapa yang berminat boleh la order segera. sms/whatsapp/call 011-29930665.

Jangan ketinggalan.

Barangan anda akan di pos terus ke rumah anda. Jadi, jangan tunggu lama-lama. Order sekarang sms/whatsapp/call011-29930665.

Bagi yang ragu-ragu dengan postage, takut barang anda tak sampai, anda boleh juga gunakan No. I.D. 1126732 ini di stokis berhampiran anda.

Jom sihat, menawan bersama Shaklee.. Ingat Shaklee, Ingat 011-29930665..

Thursday, April 17, 2014

Buah Kerdas


Jarang nak jumpa buah ini di tempat lain. Kalau di Kelantan ia dijadikan ulam untuk di makan. Buah ini jenis bermusim. Baunya kuat, lebih kuat dari buah jering. Enak dimakan terutama sekali apabila dicicah dengan budu dan tempoyak. Memang menyangkut. Kalau nak merasa datanglah ke Kelantan pada awal tahun antara bulan Febuari dan April.

Tuesday, April 15, 2014

Kursus Pembangunan Kompetensi DG41 (CPD)

Kursus Pembangunan Kompetensi DG41 (CPD) telah dilaksanakan dalam beberapa fasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG). 

Guru-guru yang berada di Gred 41 adalah menjadi keutamaan bagi mengikuti kursus ini. Permohonan adalah melalui online di laman web KPM. 

Semua guru DG41 perlu sentiasa peka dengan tawaran kursus ini yang akan disiarkan di laman KPM. 

Kursus CPD perlu dipohon oleh guru dan surat siaran telah pun diedarkan ke semua sekolah.

Modul Kursus Pembangunan Kompetensi  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Gred DG41 bagi Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan / PPB (Continuous Professional Development-CPD) 2014 boleh di buat turun di Bahan Kursus Pembangunan Kompetensi DG41.

Monday, April 14, 2014

Tarikan Tebingan Sungai Kampung Telaga Air

Semalam aku dan famili pergi ke Kampung Telaga Air. Dah lama tak pergi sana. Last pergi dulu sebelum kelahiran anak aku.
Kampung Telaga Air yang dulunya hanya dikenali dengan kawasan perkampungan Melayu dan tempat pendaratan ikan sungai kini telah berubah wajah.
Kawasan itu sekarang telah di majukan dengan pembinaan tebingan sungai dan kemudahan awam yang lengkap.
Kini, Kampung Telaga air menjadi tumpuan samada pelancong dalam dan luar yang datang bukan setakat untuk mendapatkan pelbagai hasil sungai yang segar malah untuk memancing dan menenangkan fikiran selepas penat bekerja.
Cantik kawasan ni. Boleh rilek-rilek, tempat untuk anak main pun ada. Gambar je tak dapat nak snap banyak sebab dukung anak yang kecil. Isteri tengah jaga yang sorang lagi tengah tidur dalam kereta. Tak dapat la nak singgah lama.
Tempat ni tak jauh dari Matang. Nak ke sana pun senang je, ikut jalan raya dan arah jalan pun senang.




Friday, April 11, 2014

" KISAH ULAR DAN GERGAJI "

Suatu malam seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu..

Secara kebetulan ia merayap di atas gergaji, tajamnya mata gergaji menyebabkan perut ular terluka..

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya..

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali - kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya..

Marah & putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuh tersebut..

Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan tubuhnya terluka teramat parah & akhirnya ia pun mati..

Di saat emosi & marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai & menyakiti orang lain..
Padahal jika benar-benar kita sedari, sebenarnya yang akan terlukai & tersakiti adalah diri sendiri..

Jadi sungguh tepat kalimat bijak berikut :

Orang yang benar-benar hebat bukanlah seseorang yang mampu mengalahkan orang lain, melainkan ia yang mampu mengalahkan diri sendiri..

Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam bersabda : Barang siapa meredam amarah padahal dia mampu melampiaskannya (kerana mampu/berkuasa), maka ALLAH memanggilnya dihadapan para makhluk di hari kiamat, Dia menyuruhnya memilih dari pada bidadari apa yg dia kehendaki..
(HR Abu Daud)
SubhanALLAH..

Ingat, marah adalah salah satu PINTU SYAITAN untuk merasuki tubuh manusia. Semoga kita semua terhindar dari sifat pemarah..

Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin..

Wednesday, April 9, 2014

Bandar kotor

"Dalam banyak tempat saya pergi, Kota Bharu yang paling saya tidak suka kerana banyak sampah dan botol air di merata". Huh terkejut dengar pengakuan sepasang pelancong yang datang dari Belanda semasa interview mereka di Tebingan Sungai Kuching untuk menyiapkan projek bagi Kursus yang sedang diikuti di sini sekejap tadi. Malu aku rasa dengan mereka dan member yang seangkatan kerana mereka tahu aku asal sana. Dan mereka siap tanya lagi boleh ke statement tadi dimasukkan dalam report. 

Wim Hendrikx, 61 dan isterinya Diana Hendrikx, 55 telah berada di Malaysia selama 8 minggu dan akan menghabiskan minggu terakhirnya di Kuching. Sebelum ini mereka telah melawat semua negeri di semenanjung dan Sabah. Pendedahan Wim dan Diana patut di ambil iktibar oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKBBRI) agar dapat meningkatkan tahap kebersihan di bandar Kota Bharu. Pihak Majlis Daerah yang lain pun boleh bergerak dengan lebih proaktif dalam menjaga kecantikan dan kebersihan kawasan masing-masing supaya setiap pelancong yang datang ke negeri ini dapat membawa pulang pengalaman yang paling berharga dan sekaligus menjadi duta tidak rasmi kepada kita.

Rakyat Kelantan terutamanya penduduk bandar juga perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan ini. Kerana andalah yang selalu berada di sana. Jika anda tidak memberi kerjasama dalam hal ini, yang ruginya ialah kita sendiri. Ini kerana industri pelancongan memberi impak yang besar terhadap ekonomi. Fikir-fikirlah..jangan malukan negeri kita yang mempromosikan imej Islam dengan sampah sarap merata tempat.


Wim

Diana

Peter

Tuesday, April 8, 2014

Nak tukar profesion plak..huhu

Hihi..tak de la sampai nak tukar profesion. saje tajuk buat gempak..huhu. Selama 3 hari bermula hari ini, aku akan mengikuti Kursus Asas Kewartawanan. Harap kursus ini dapat meningkatkan skill dan kemahiran dalam bidang ini.huhu.. sebelum ini, memang tak tahu langsung mengenai dunia ini. minat tu sudah ada, tapi sekarang wujud kekangan dari segi masa la plak.. Apa-apa pun, peluang ini memang terbaik dan aku harapkan dapat menimba sesuatu yang boleh memberi manfaat bukan setakat untuk aku sahaja tetapi orang sekeliling..