Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, February 17, 2014

Rumah di Sarawak terlalu mahal

Kenapa harga rumah di Sarawak terlalu mahal? Rata-rata harga perumahan yang baru di bina pada tahun ini di daerah Kuching bermula dengan harga RM228K bagi rumah teres satu tingkat 'intermediate'. Jika nak dibandingkan dengan negeri maju seperti Selangor dan KL, Sarawak mempunyai tanah yang begitu luas dan harga tanah masih begitu murah di bandingkan dengan negeri lain. Sepatutnya harga perumahan di Sarawak tidaklah sampai begitu mahal. Satu lagi sebab yang membolehkan harga perumahan di Sarawak di kurangkan ialah dengan bantuan dan keprihatinan kerajaan negeri dalam mengawal harga bahan pembinaan. Kerajaan negeri boleh lakukan sebab yang menjadi pembekal barangan pembinaan adalah anak syarikat kerajaan negeri. Kalau la betul kerajaan negeri prihatin dengan rakyat, mereka tidak akan mengambil kesempatan ke atas rakyat dan membuat keuntungan yang besar dalam pembekalan bahan binaan. Sekarang, kerajaan negeri yang perlu memainkan peranan untuk mengawal harga perumahan dan mengurang beban rakyat dalam m
endapatkan keperluan asas mereka.

No comments: