Tahun 2014 telah pun memasuki bulan 2. Kita baru melewati Tahun Baru Cina. Tapi apa yang paling dirisaukan ialah keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan berlaku inflasi dalaman yang agak tinggi. Pelbagai ulasan daripada Menteri yang bertanggungjawab dan orang politik telah kita dengar. Ada saranan yang bagus dan ada juga yang menjadi ejekan rakyat kerana kebodohan ucapan mereka. Bagi aku sendiri, ada sedikit sebanyak memberi kesan ke atas nilai wang kini. Dengan nilai wang yang sama, tahun lepas boleh dapat lebih banyak barang berbanding tahun ini. Ini belum lagi dilaksanakan GST. Apa yang aku perasan sekarang, ada caj tertentu telah dilaksanakan. Aku pernah beli tiket penerbangan menggunakan CIMB Clicks, dan ada caj RM4 dikenakan. Padahal sebelum ini tak de pun. Tak pasti la apa caj yang dikenakan. Aku pun tak tanya. Ni masalah aku, senang je di tipu. Tak tanya pula kenapa. Sape yang ada info caj apa hang dikenakan, semua bank ke yang ambil, bolah la kongsi info. Yang pasti, tahun ini mesti berbelanja dengan berhemah supaya kita tidak terjerat dengan hutang. Langkah pertama yang aku ambil ialah tanam kangkung belakang umah.huhu...
No comments:
Post a Comment