Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, February 27, 2014

Jom Bantah


Rakyat Malaysia patut bangkit untuk membantah tuntutan jahat pihak COMANGO ini kerana akhirnya akan mendatangtkan kesan parah dan menyebabkan perpecahan dikalangan rakyat  Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Kita kena lihat dari pandangan yang lebih jauh terutama malibatkan agama. Semua agama mengharamkan seks songsang dan seks di luar perkahwinan. Oleh itu, tuntutan ini telah melanggar undang-undang semua agama. Masalah 'free thinking' dalam NGO ini amat terlampau. Oleh itu, kita semua mesti membantah setiap tuntutan yang dikemukakan oleh COMANGO ini supaya keharmonian dan kestabilan negara kita terjaga. Jangan kita menyesal kemudian hari dek kerana sikap kita yang suka berdiam diri ini menyebabkan tuntutan mereka berjaya dan merosakkan anak cucu kita nanti. Pertahankanlah  perlembagaan negara kita dan kedaulatan undang-undang kita  supaya anasir jahat seperti COMANGO ini dapat ditentang dari merosakkan jiwa dan akidah kita dan keturunan kita akan datang.

Wednesday, February 26, 2014

Mesti undi...pilih yang betul



Undian sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Idris_JusohMenteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana pelaksanaan itu yang dimahukan oleh semua rakyat di negara ini.
Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan.
Oleh itu UNDi.iN minta sama ada guru-guru, ibu bapa, pelajar dan sesiapa sahaja untuk memberi pandangan melalui undian berikut. Mudah-mudahan keputusan undian dapat dijadikan panduan kepada mereka yang terlibat untuk menjadikan sistem pendidikan negara ke arah lebih baik.
Anda hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja oleh sistem undian.
Ke arah sistem pendidikan Malaysia yang lebih baik dan rasional
Setelah tahun ke-3 pelaksanaan, tindakan seterusnya berkaitan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?
  •  
  •  
  •  
  •  
    sumber dan untuk undi: http://www.undi.in/undian-pbs/

    Anda juga diminta untuk ‘like’ dan ‘share’ supaya dapat dikongsi ‘pengundi’ lain. Terima kasih, 25-02-14

    Tuesday, February 25, 2014

    Produk Pelancongan Terbaru di Kelantan

    Menara Tinjau di Tambatan Diraja, Kota Bharu.

    Foto Kache Boto.

    Sumber: Laman Kota Bharu Bandar Raya Islam


    uji fokus

    TEST KECEPATAN OTAK
    1. Jawab dgn spontan (MESTI CEPAT),
    tk boleh fikir lama2..
    2. baca satu demi satu.
    3. fokus..
    Permainan fokus warna ... Mulaiiiiiii.
    1. kertas A4 warnanya apa ?
    2. awan warnanya apa ?
    3. tisu warnanya apa ?
    4. lembu minum apa ?
    Yang menjawab susu fokus anda terganggu, sbb lembu minum air
    1. rambut anda warna apa?
    2. bulu mata warnanya apa ??
    3. jalan tar warnanya apa ???
    4. kelawar tidur bila?
    Yang menjawab malam, maknanye fokus anda tergganggu. sbb kelawar tidur di siang hari.
    1. warna dari cendol apa?
    2. daun kelapa warnanya apa?
    3. warna umum rumput?
    4. Zirafah makan apa?
    Yang jawab rumput , itu salah,sbb Zirafah makan daun.
    Haaaa..!! salah berapa?? cepat mengaku..jgn senyum sorang2..nnti ada yg ingat anda kurang siuman..hehehe..
    enjoy your life .jgn stress!!

    Monday, February 24, 2014

    Tahniah TRW

    TRW dapat tajaan RM1j iklankan Visit Malaysia

    Pasukan The Red Warriors telah mendapat suntikan yang begitu besar dari Kementerian Pelancongan Malaysia yang berjumlah 1 juta ringgit bagi kegunaan untuk saingan liga AFC. Tajaan tersebut bagi sempena mempromosikan tahun melawat Malaysia 2014. Sekalung tahniah kepada Kelantan FA. Supaya tahun ini lebih maju dalam saingan liga AFC dan mengharumkan nama Malaysia khasnya Negeri Kelantan.

    huhu...









    Thursday, February 20, 2014

    Joke of the day!

    Ada seorang pesakit mental
    berenang dan tiba2 lemas di swimming pool. Kebetulan Ada lagi seorang pesakit mental yg berada di situ cepat2 berenang Dan
    berjaya menyelamatkan
    rakannya itu. Keesokan hari
    nya hero itu di panggil oleh
    warden.
    Warden: saya Ada berita
    baik Dan buruk untuk awak.
    Pesakit Mental: apa dia?
    Warden: pertama Tahniah
    kerana menyelamatkan rakan anda Dari lemas. Anda Akan di berikan medal keberanian
    kerana usaha anda itu.
    Pesakit mental: terima kasih
    Warden: berita buruk, rakan
    anda yang selamat Dari mati lemas itu dijumpai mati
    bunuh diri dengan
    mengantungkan dirinya
    semalam dibiliknya. Mungkin dia memang nak bunuh diri
    masa berenang hingga lemas semalam...
    Pesakit mental: oh taaakkk.
    Bukan macam tu. Semalam
    lepas saya keluar kan dia
    Dari swimming pool tu, dia
    basah kuyup, saya gantung

    dia supaya cepat kering😂😂😂😂

    Tuesday, February 18, 2014

    Tiup Monyet

    kisah inspirasi
    ---------------
    💥💥 LUMBA TIUP MONYET 💥💥
    🐵🐵🐵🐵🐵🐵🐵🐵🐵🐵
    Seekor monyet 🐒sedang bergayutan di pucuk pohon kelapa...🌴
    Dia tdk menyedari kalau ia sedang diintai oleh tiga angin besar...💭💭💭
    Angin Taufan💭
    Angin Tornado💭💭
    Angin Bahorok💭💭💭
    Tiga angin itu rupanya sedang bertaruh siapa yg paling cepat menjatuhkan si monyet🐒 dari pohon kelapa...🌴
    Angin Taufan berkata, "aq cuma perlu waktu 45 detik..."
    ⏰😏
    Angin Tornado tidak mahu kalah, "kalau aq cukup dg 30 dtk..."
    ⏰😏😏
    Angin Bahorok, dengan nada mengejek berkata, "kalau aq 15 detik, pasti jatuh si monyet tu..."
    ⏰😏😏😏
    Lalu dimulailah pertaruhan diantara mrk bertiga💭💭💭
    Angin Taufan yang pertama, dia tiup angin sekencang-kencangnya...
    Wuuss...😗💭
    Merasa ada angin yg bertiup kencang, si monyet🐒lalu berpegangan pada batang pohon kelapa dengan sekuatnya...🌴
    Stlh berusaha meniupkan anginnya dg keras, ternyata si monyet🐒 tetap tdk bergerak...
    Dan Angin Taufan pun menyerah...😔
    Giliran Angin TORNADO... Wuuusss… Wuuusss…
    😗😗💭💭
    Ia juga meniupkan anginnya lebih keras..dengan sekencang-kencangnya...
    Namun si monyet🐒tetap tidak terjatuh juga...😣
    Terakhir, Angin BAHOROK. Lebih keras dan kencang... Wuuuss… wuuuss...wuuss...
    😗😗😗💭💭💭
    Si monyet🐒 malah makin kuat berpegangannya...
    Dan tetap saja tidak jatuh😒
    Ketiga angin itu akhirnya mengakui, kalau si monyet 🐒memang hebat..
    Kuat & daya tahannya luar biasa...
    👌👌👌💪💪💪💪👍👍👍
    Tidak brp lama, tiba2 datang Angin Sepoi - Sepoi☁☁☁
    Dia mengungkapkan keinginannya untuk ikut bertaruh...
    Ternyata niat angin sepoi-sepoi hanya dijadikan bahan ejekan dari ketiga angin lainnya...
    "Angin yg besar spt kami pun tdk boleh, apalagi yang kecil..."
    😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆
    Tanpa banyak bicara, angin SEPOI-SEPOI terus meniup ubun-ubun si monyet🐒.
    Wuuuuuiiiisss…
    😙😙😙😙☁☁☁☁☁☁
    Enaaaaaak...🙊
    Sedaaaaap…🙈
    Segaaaaar🙉
    Mata si monyet🐒...makin kuyu...
    Tdk lama si monyet🐒 mula tertidur...dan tanpa disedari terlepaslah pegangannya...
    Kemudian, jatuhlah si monyet 🐒dari pohon kelapa...🌴
    Sahabat, 💕💕💕💕💕💕💕💕
    Boleh jadi...ketika kita,
    Diuji dengan KESUSAHAN…
    Dicuba dengan PENDERITAAN…
    Didera MALAPETAKA...
    Kita kuat bahkan kuat dari sebelumnya.
    😔😔😔😞😞😞😣😣😣😣
    Tapi ketika kita diuji dengan.....
    KENIKMATAN...😃
    KESENANGAN..😄
    KELIMPAHAN...😀
    PUJIAN..............😆
    Saat itulah kita "terjatuh"...
    😱😱😱😨😨😨😰😰😰😰
    So, jangan sampai kita terlena...
    Tetap rendah hati dan awas diri...
    Ingatlah hidup kita di dunia hanya sementara...
    😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎
    Ingatlah akhirat kita, krn itulah masa depan kita yang sesungguhnya.
    Semua akan diminta pertanggung jawapannya.
    😰😰😰😰😰😰😰😰😰😰
    Mari kita jadikan DUNIA KITA sebagai BEKAL
    Jangan jadikan BEBAN...
    💕💚💕💚💕💚💕💚💕💚

    Kalendar Pelancongan Negeri Kelantan 2014

    TARIKH
    ACARATEMPAT
    15 FEB
    (Sabtu)

    Pertandingan Ayam Serama Kebangsaan
    Pasar Minggu Kraf & Flora, 
    Pengkalan Chepa
    28 FEB
    (Jumaat)
    Pertandingan Juara Antara Juara
    Bintang Seni
    Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV
    MAC

    Pesta Pantai & Joran
    Pantai Geting & Pantai Sri Tujoh, Tumpat
    21 MAC
    (Jumaat)

    Pertandingan Seni Suara Burung Candik

    Gelanggang Suara Burung Sri Cemerlang
     6 APR
    (Jumaat-Ahad)

    Karnival Seni Silat Nusantara

    Padang Perdana, 
    Kota Bharu
     7 APR
    (Jumaat-Isnin)

    Karnival Seni Budaya

    Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

    26 APR
    (Sabtu)

    Pertandingan Seni Suara Burung 
    Ketitir Antarabangsa Kelantan

    Dataran Lembah SIreh, Kota Bharu
    MEI
    Pesta Air
    Tok Bali, Pasir Puteh
    JUN

    Pesta Pantai & Joran
    Pantai Irama, Bachok
    28  31 MEI
    (Rabu-Sabtu)

    Pesta Wau Antarabangsa Kelantan
    Pantai Geting, Tumpat
    21 JUN
    (Sabtu)

    Mount Stong International Climbathon
    Gunung Stong, Dabong

    16  29 OGO
    (Sabtu-Jumaat)

    Kelantan Photo Challenge

    Gelanggang Seni

    16  29 OGO
    (Sabtu-Jumaat)


    Pameran Lukisan

    Gelanggang Seni

     6 SEP
    (Khamis-Sabtu)

    Pesta Makanan Kelantan

    Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

    5 & 6 SEP
    (Jumaat&Sabtu)

    Festival Kenderaan Klasik
    Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV
    13 SEP
    (Sabtu)

    Pertandingan Ayam Serama ASEAN

    Pasar Minggu Kraf & Flora, 
    Pengkalan Chepa
    26  29 & 31 OKT
    (Ahad-Rabu&Jumaat)

    Anugerah Bintang Seni
    Gelanggang Seni

    Promosi

    promosi utk bln februari shj...
    bli 6 percuma 1...
    vita-lea...
    blh kongsi ngn kwn2..
    pm/wasap skrg 0199547164
    sy jual ngn harga ahli shj

    Monday, February 17, 2014

    Rumah di Sarawak terlalu mahal

    Kenapa harga rumah di Sarawak terlalu mahal? Rata-rata harga perumahan yang baru di bina pada tahun ini di daerah Kuching bermula dengan harga RM228K bagi rumah teres satu tingkat 'intermediate'. Jika nak dibandingkan dengan negeri maju seperti Selangor dan KL, Sarawak mempunyai tanah yang begitu luas dan harga tanah masih begitu murah di bandingkan dengan negeri lain. Sepatutnya harga perumahan di Sarawak tidaklah sampai begitu mahal. Satu lagi sebab yang membolehkan harga perumahan di Sarawak di kurangkan ialah dengan bantuan dan keprihatinan kerajaan negeri dalam mengawal harga bahan pembinaan. Kerajaan negeri boleh lakukan sebab yang menjadi pembekal barangan pembinaan adalah anak syarikat kerajaan negeri. Kalau la betul kerajaan negeri prihatin dengan rakyat, mereka tidak akan mengambil kesempatan ke atas rakyat dan membuat keuntungan yang besar dalam pembekalan bahan binaan. Sekarang, kerajaan negeri yang perlu memainkan peranan untuk mengawal harga perumahan dan mengurang beban rakyat dalam m
    endapatkan keperluan asas mereka.

    Sunday, February 16, 2014

    Tarikan terbaru di Kelantan

    1) Taman Kelip-Kelip, Kampung Pulau
    Terletak di Kampung Pulau, Kubang Kerian, perjalanan sejauh 7 kilometer dan mengambil masa 40 minit dari pusat bandar Kota Bharu. Pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Lubok sambil melihat keindahan cahaya kelip-kelip pada pokok berembang sepanjang laluan sungai. Waktu terbaik melihat panorama indah cahaya kelip-kelip adalah sekitar pukul 8 hingga 11 malam terutamanya pada musim kemarau dari bulan Februari hingga Oktober. Tempat ini ditutup pada musim tengkujuh.


    2) Selam Skuba
    Terdapat dua lokasi aktiviti selam skuba di perairan Kelantan iaitu Perairan Pantai Sabak dan Perairan Bachok (Pantai Senok). Di Perairan Pantai Sabak terdapatnya sebuah bangkai Kapal Jepun yang telah karam pada tahun 1941 semasa Perang Dunia II iaitu Kapal MS Awazisan Maru. Teletak di koordinat iaitu (N 06 13 822, E 102 20 270) pada kedalaman 22 meter dengan suhu sekitar 28-30 C.
    Di Perairan Pantai Bachok (Pantai Senok) pula terdapatnya terumbu karang payung. Terletak di koordinat (N 06 05 587, E 102 37 872) pada kedalaman 23 meter. Suhu sekitar 28-30 C. Ia meliputi keluasan 1 kilometer persegi. Jaraknya 30 minit dengan bot laju. Terdapat juga tukun-tukun tiruan yang unik yang melambangkan identiti kebudayaan negeri Kelantan seperti beca, congkak, wau, wayang kulit dan sebagainya.


    3) Lojing Highlands
    Terletak 2000 meter dari paras laut dengan suhu sekitar 18° - 25°C, bersempadan dengan Pahang dan kira-kira 120 km dari bandar Gua Musang. Cuaca sederhana dan sejuk ini sangat popular untuk penanaman buah-buahan seperti anggur dan tomato.

    Saturday, February 15, 2014

    JOM BELI

    Foto
    Kain royal revival
    RM65 - xda batu
    RM70 - berbatu
    Beli 2 pasang - RM123
    FREE POSTAGE SELURUH MALAYSIA
    Berminat sila sms/whatsapp: 011-29930665
    Foto

    Kain royal revival
    RM65 - xda batu
    RM70 - berbatu
    Beli 2 pasang - RM123
    FREE POSTAGE SELURUH MALAYSIA
    Berminat sila sms/whatsapp: 011-29930665
    Foto
    Foto


    Kain Galaxy

    RM 65 - xda batu
    RM 70 - berbatu
    Beli 2 pasang- RM 123
    FREE postage seluruh Malaysia
    Berminat sila sms/whatsapp: 011-29930665 
    Foto

    Foto

    Kain Galaxy

    RM 65 - xda batu
    RM 70 - berbatu
    Beli 2 pasang- RM 123
    FREE postage seluruh Malaysia
    Berminat sila sms/whatsapp: 011-29930665 
    Foto
    Foto

    Kain Galaxy

    RM 65 - xda batu
    RM 70 - berbatu
    Beli 2 pasang- RM 123
    FREE postage seluruh Malaysia
    Berminat sila sms/whatsapp: 011-29930665 

    Kain Paris (kain berat dan gebu...selesa sgt bila pakai)
    RM 68 - xda batu
    RM 72 - berbatu
    Beli 2 pasang - RM 130
    FREE postage seluruh Malaysia
    Berminat sila sms/whatsapp: 011-29930665
    Foto
    Foto
    Foto
    Kain Paris (kain berat dan gebu...selesa sgt bila pakai)
    RM 68 - xda batu
    RM 72 - berbatu
    Beli 2 pasang - RM 130
    FREE postage seluruh Malaysia
    Berminat sila sms/whatsapp: 011-29930665
    Foto
    Foto
    Foto
    Kain Paris (kain berat dan gebu...selesa sgt bila pakai)
    RM 68 - xda batu
    RM 72 - berbatu
    Beli 2 pasang - RM 130
    FREE postage seluruh Malaysia

    Berminat sila sms/whatsapp: 011-29930665

    Friday, February 14, 2014

    Malaysiaku..

    " .......negara Jepun yg tewas dlm perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yg singkat. Begitu juga Korea yg musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ........"
    Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu...kemudian tukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)....kerana alasan istilah Sains banyak dlm bahasa Inggeris...kemudian dihentikan PPSMI...tukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bhs Inggeris.....sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.....apa yg berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yg mahir BI, tetapi mat salih tu yg pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar bbp kali. Mula2 Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yg terkini tukar balik kpd Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yg dibelanjakan utk menukar2 tu tak dapatlah nak dihitung! Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru2 diarah menghafal setiap ayat....kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru.....sekarang ada pulak pppm, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan....dan macam2 lagi... Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kpd akademik semata2.,,tambah 3 lagi aspek pentaksiran....sistem komputer pulak yg sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru2 terpaksa berjaga ke 3 pagi.....kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan2 guru dari negara jiran......
    Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita masih terkial2 mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yg dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yg berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang!
    Produk pendidikan kita juga terkial2 tidak menjadi.....murid2 semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir drp hidup mereka....di sekolah, masalah2 disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan2 disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an.... Kalau diubahpun, ia diubah kpd yg lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan....
    Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan.... Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan...maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kpd kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan org2 yg diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kpd kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya utk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yg memudhoratkan!
    Bkn statement aku. Tlg sampaikan aje. Buka minda sket

    Tuesday, February 11, 2014

    Visit Malaysia 2014

    Kerajaan Malaysia tengah rancak mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014. Kesempatan ini seharusnya di ambil oleh Kerajaan Kelantan sebagai kesinambungan Tahun Melawat Kelantan yang lepas. Kita perlu melihat prospek pelancongan yang memberikan impak ekonomi yang tinggi kepada pendapatan negeri. Negeri kita kaya dengan keindahan flora dan fauna, tetapi sayang kerana kita kurang kesedaran sivik dan tidak menjaga keindahan tersebut dengan betul. Satu lagi aspek yang kurang diberi perhatian ialah tentang kemudahan awam terutamanya tandas. Oleh itu, kerajaan negeri perli mengambil inisiatif segera untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada supaya ia dapat meningkatkan lagi jumlah pelancong ke Kelantan. Mohon juga kerjasama pihak peniaga terutama di Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, Bukit Bunga, Pengkalan Kubor dan Wakaf Che Yeh supaya tidak menaikkan harga barang sesuka hati kerana ia boleh memberikan kesan jangka panjang yang buruk. Kalau pelanggan boikot dan tidak lagi datang, ia akan merugikan pihak peniaga sendiri. Mulut orang dia akan bercerita dengan orang lain, akibatnya tak ada lagi orang yang nak datang disebabkan cerita barang mahal. Sekarang pun dah ada orang yang bawa cerita barangan yang dijual di Rantau Panjang mahal. Kami yang dengar pun rasa malu. Jadi,sama-samalah kita menjaga nama baik negeri kita dengab membuat perkara yang jujur dan tidak tamak. Semoga Negeri Kelantan bertambah maju, makmur dan berkat..amin..

    Sunday, February 9, 2014

    Kelantan Negeriku

    Sentuh isu bola, malam tadi kalah dengan Perak. Dalam 4 perlawanan liga super, kita telah menang 2 kali dan kalah 2 kali. Apapun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Kami di pihak penyokong Kelantan mengharapkan pasukan dapat mengukuhkan keserasian ahli pasukan dengan segera supaya pasukan Kelantan dapat kembali ke landasan yang betul bagi memberi saingan sengit dalam setiap game. Tidak di nafikan bahawa tahun ini begitu mencabar setiap pasukan dan belum ada mana-mana pasukan yang dilihat dominan. Jadi peluang masih terbuka. Kami harapkan sekurang-kurangnya kita masih menyimpan salah satu piala yang dipertandingkan.. Semoga The Red Warriors berjaya dalam setiap perlawanan..amin..Allah hu akbar..

    Monday, February 3, 2014

    Mendepani Tahun 2014

    Tahun 2014 telah pun memasuki bulan 2. Kita baru melewati Tahun Baru Cina. Tapi apa yang paling dirisaukan ialah keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan berlaku inflasi dalaman yang agak tinggi. Pelbagai ulasan daripada Menteri yang bertanggungjawab dan orang politik telah kita dengar. Ada saranan yang bagus dan ada juga yang menjadi ejekan rakyat kerana kebodohan ucapan mereka. Bagi aku sendiri, ada sedikit sebanyak memberi kesan ke atas nilai wang kini. Dengan nilai wang yang sama, tahun lepas boleh dapat lebih banyak barang berbanding tahun ini. Ini belum lagi dilaksanakan GST. Apa yang aku perasan sekarang, ada caj tertentu telah dilaksanakan. Aku pernah beli tiket penerbangan menggunakan CIMB Clicks, dan ada caj RM4 dikenakan. Padahal sebelum ini tak de pun. Tak pasti la apa caj yang dikenakan. Aku pun tak tanya. Ni masalah aku, senang je di tipu. Tak tanya pula kenapa. Sape yang ada info caj apa hang dikenakan, semua bank ke yang ambil, bolah la kongsi info. Yang pasti, tahun ini mesti berbelanja dengan berhemah supaya kita tidak terjerat dengan hutang. Langkah pertama yang aku ambil ialah tanam kangkung belakang umah.huhu...