Perlaksanaan Kampung tanpa wayar dikawasan pedalaman oleh kerajaan Malaysia amat dialukan dan dihargai. Perlaksanaan telah pun bermula sebelum PRU-13 dahulu. Tetapi, ada beberapa perkara yang dilihat amat mengjengkelkan apabila wifi free ini telah menunjukkan sikap tamak pemimpin masyarakat bawahan tempatan.
Ada ke patut signal wifi itu dipasang di rumah ketua kampung padahal di kebanyakan tempat lain ianya dipasang di tempat tumpuan awam samada seperti surau, dan sebagainya. Ini yang berlaku di sebuah kampung di Sri Aman yang aku jumpa. Kalau sesiapa yang biasa ke Sri Aman, boleh lah lihat sendiri di Kampung Muhibbah yang letaknya di belakang Komplek Sukan.
Apakah rasional perlaksaan Kampung Tanpa Wayar ini? Siapa pengguna yang disasarkan?
Ini baru bantuan yang kecil. Fikirlah kalau bantuan yang lebih besar untuk kampung, macam mana ketua kampung seperti ini mengangihkan bantuan tersebut. Mungkin untuk famili dia sahaja kot yang dapat.
No comments:
Post a Comment