Sesiapa yang minat dengar Hot.fm mesti tidak terlepas
mendengar iklan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu salah satu agenda
tranformasi pendidikan yang dibawa oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Inilah
langkah-langkah yang digunakan untuk memberi penerangan kepada masyarakat di
luar sana.
Dalam perlaksanaan PBS ini, cuba fikir sejenak:
- Dasar Kementerian - melahirkan lebih ramai pelajar yang pandai.
- Pentadbir sekolah - mahu melihat sekolah dibawah pentadbirannya cemerlang.
- Guru – suka jika anak muridnya semua Berjaya.
- Manusia – ada perasaan dalam penilaian.
- Ibubapa – mahu melihat anak Berjaya.
- Pelajar – memang la nak Berjaya.
Siapa yang memberi markah dalam sistem PBS ini? Adilkah
nanti markah yang diberikan? Sanggupkah guru menghadap pentadbir sekolah jika
tidak menepati kehendak pentadbir? Adakah markah yang di ‘key-in’ selayaknya
untuk pelajar tersebut? Sejauh manakah integriti seseorang dapat mengatasi perasaan manusia?
Ada yang nak komen?
No comments:
Post a Comment