Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, June 25, 2013

Masalah GRO dan pelacur

Kalau anda perasan, hampir setiap hari berita tv dan akhbar memaparkan pihak berkuasa dapat menangkap GRO dan pelacur. Macam kegiatan ini berleluasa di Malaysia ini. Yang ramainya pula ialah warga asing. Senang betul dorang dating buat duit kat sini. Ramai betul rakyat Malaysia yang kebulur seks haram.


Tapi terfikir juga aku, dengan paparan hampir setiap hari yang berjaya ditangkap, kemana mereka ini ditempatkan? Berapakah jumlah sebenar mereka yang telah ditahan setakat ini? Apakah tindakan yang diambil ke atas mereka? Berapakah kos kerajaan untuk menyara mereka semasa tahanan? Dari mana sumber tersebut? 

Monday, June 24, 2013

Cabaran PBS

Sesiapa yang minat dengar Hot.fm mesti tidak terlepas mendengar iklan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu salah satu agenda tranformasi pendidikan yang dibawa oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Inilah langkah-langkah yang digunakan untuk memberi penerangan kepada masyarakat di luar sana.

Dalam perlaksanaan PBS ini, cuba fikir sejenak:
  1. Dasar Kementerian - melahirkan lebih ramai pelajar yang pandai.
  2. Pentadbir sekolah - mahu melihat sekolah dibawah pentadbirannya cemerlang.
  3. Guru – suka jika anak muridnya semua Berjaya.
  4. Manusia – ada perasaan dalam penilaian.
  5. Ibubapa – mahu melihat anak Berjaya.
  6. Pelajar – memang la nak Berjaya.


Siapa yang memberi markah dalam sistem PBS ini? Adilkah nanti markah yang diberikan? Sanggupkah guru menghadap pentadbir sekolah jika tidak menepati kehendak pentadbir? Adakah markah yang di ‘key-in’ selayaknya untuk pelajar tersebut? Sejauh manakah integriti seseorang  dapat mengatasi perasaan manusia?


Ada yang nak komen?

Thursday, June 13, 2013

Pemantauan Logo Halal secara berkala

Sistem pensijilan Halal di Malaysia telah dikemaskini dan  sekarang hanya sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sahaja yang diiktiraf. Selain daripada itu, pelekat yang menggambarkan produk halal tetapi tidak mendapat sijil daripada JAKIM, mereka telah melakukan kesalahan dibawah Pekeliling Persijilan Halal Malaysia. Rujuk di http://www.halal.gov.my. 

Peranan JAKIM dan JAIN amat berat dalam memastikan pematuhan pengusaha ke atas sijil halal yang dikeluarkan. Tetapi setakat ini dapat dilihat banyak kelemahan yang berlaku dalam aspek pemantauan oleh pihak JAKIM dan JAIN ke premis-premis awam terutama pasar basah dan pasaraya. Kelemahan ini telah menyebabkan beberapa premis di luar sana mengambil kesempatan dengan melekatkan sijil halal dibahagian lain.

Maksud saya disini, ada sesetengah premis yang melekatkan sijil halal dibahagian ayam dan daging tetapi jika diteliti dan dibaca betul-betul, sijil halal tersebut sebenarnya bukan untuk ayam dan daging. Satu penipuan terhadap pengguna telah berlaku di sini. Bagi mereka yang teliti dalam memilih makanan halal, mungkin mereka akan melihat betul-betul sijil tersebut tapi jika yang sebaliknya, sudah tentu lah tertipu.

Oleh itu, saya amat sangat mengaharapkan pihak JAKIM dan JAIN menubuhkan satu unit pemantauan sijil halal yang khusus untuk meronda di setiap premis terutama yang menjual makanan berasaskan sembelihan supaya penipuan sebegini tidak berlaku. JAKIM dan JAIN sebagai pihak penguasa dalam hal ini bertanggungjawab untuk memastikan umat islam tidak tertipu dengan peniaga yang cuba mengambil kesempatan seperti ini. 


Wednesday, June 12, 2013

Langkah proaktif perlu untuk pecah monopoli

Umum tahu bahawa kawasan bandar kini hampir dimonopoli oleh kaum tertentu. Peranan kerajaan amat penting untuk memecahkan monopoli ini supaya tidak berlaku perbezaan taraf yang amat ketara yang akhirnya akan mewujudkan perasaan yang kurang senang diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Antara langkah yang perlu diambil ialah dengan menyediakan perumahan bumiputra mampu milik di kawasan bandar. Dengan sistem yang ada sekarang ini ditambah dengan faktor ekonomi yang berkembang pesat membataskan kuasa beli dikalangan bumiputra yang rata-ratanya menerima gaji sederhana.

Jika dilihat dengan harga rumah dipasaran pada masa ini, antara kawasan yang dilihat ketara dari segi kenaikan harga rumah ialah Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah. Dengan harga rumah teres setingkat yang melebihi RM200 K, rakyat yang berpendapatan sederhana pun terasa terseksa untuk membeli, bagaimana pula dengan rakyat yang berpendapatan rendah?

Jika kerajaan tidak melakukan sesuatu untuk meningkatkan jumlah bumiputra dikawasan bandar terutama selepas tsunami masyarakat cina yang menolak pentadbiran BN, ia akan mendatangkan implikasi sedikit masa lagi.

Nak mengulas panjang pun semua dah tahu. dan mungkin yang diluar sana lebih bijak berbanding saya, jadi fikir-fikirlah nasib anak cucu nanti..

Monday, June 10, 2013

Mount Stong International Climbathon 2013

kecil bannerstong

Come and join the Mount Stong International Climbathon 2013 at Dabong, Kelantan on 22 June 2013. 


For further information please visit this website  http://www.stongchallenge.kelantan.gov.my/atau or FB  http://www.facebook.com/stongchallenge.






Sikap tamak Ketua Kampung

Perlaksanaan Kampung tanpa wayar dikawasan pedalaman oleh kerajaan Malaysia amat dialukan dan dihargai. Perlaksanaan telah pun bermula sebelum PRU-13 dahulu. Tetapi, ada beberapa perkara yang dilihat amat mengjengkelkan apabila wifi free ini telah menunjukkan sikap tamak pemimpin masyarakat bawahan tempatan. 

Ada ke patut signal wifi itu dipasang di rumah ketua kampung padahal di kebanyakan tempat lain ianya dipasang di tempat tumpuan awam samada seperti surau, dan sebagainya. Ini yang berlaku di sebuah kampung di Sri Aman yang aku jumpa. Kalau sesiapa yang biasa ke Sri Aman, boleh lah lihat sendiri di Kampung Muhibbah yang letaknya di belakang Komplek Sukan.

Apakah rasional perlaksaan Kampung Tanpa Wayar ini? Siapa pengguna yang disasarkan?

Ini baru bantuan yang kecil. Fikirlah kalau bantuan yang lebih besar untuk kampung, macam mana ketua kampung seperti ini mengangihkan bantuan tersebut. Mungkin untuk famili dia sahaja kot yang dapat. 

Thursday, June 6, 2013

KJ selayaknya Menteri Belia dan Sukan

PM kali  ini buat keputusan tepat memilih khairi jamaludin sebagai Menteri Belia dan Sukan. Tindakan dan teguran KJ setakat ini membina dan boleh membawa sukan negara kita ke satu tahap baru. Komen yang diberi boleh dijadikan panduan berguna oleh pihak penaung badan-badan sukan dinegara ini untuk menilai secara positif demi memajukan sukan di Malaysia.

Diharapkan semua persatuan sukan dapat menerima setiap pendapat yang diutarakan oleh semua lapisan masyarakat secara positif demi meningkatkan mutu sukan. Semoga kegemilangan sukan negara kita dapat dikembalikan secepat mungkin tanpa kerenah dan birokrasi badan yang menaungi setiap cabang sukan.

Jom dengar dikir dari Arwah Cikgu Naim. Al-Fatihah untuk arwah..