Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, May 22, 2013

Gaji EXCO VS GST







Belum pun reda pasal ketidakpuasan hati pihak Pakatan Rakyat mengenai sistem pilahanraya, dah timbul perkara yang tidak disukai oleh peniaga dan juga akhirnya terbeban oleh rakyat iaitu pengenalan kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST). GST yang ditangguhkan sebelum ini kerana PRU-13 bakal dilaksanakan secara berperingkat. Mungkin inilah hadiah yang amat berharga kepada pengundi BN kerana memberi mandat kepada mereka memerintah untuk 5 tahun lagi jika betul dilaksanakan. huhu..

Tapi lain pula halnya di Sarawak nun tuan-tuan dan puan-puan. Lagi hebat EXCO mereka di sana. Gaji dapat 3 kali lipat daripada sedia ada. Wah, makin bertambah senang la YB-YB sana ye..Erm penambahan dana 3 kali lipat tu, dari mana la sumbernya? Mungkinkah cukai pintu dinaikkan? mungkin ke dari saman2? Aku pun tak tahu...tapi yang paling aku nampak, akhirnya dia akan kembali kepada rakyat yang perlu menanggung..

No comments: