Semua orang tahu bahawa
ulama’ adalah pewaris Nabi. Tetapi dalam dunia hari ini, orang lebih agungkan
pihak artis berbanding para ulama’. Inilah realitinya yang berlaku di Malaysia.
Bandingkanlah sendiri, berapa ramai manusia yang mengunjungi tempat-tempat yang
menyediakan hiburan atau konsert dengan program-program agama atau yang
berbentuk ilmiah. Inilah tanda-tanda dunia sudah berada di penghujung
hayatnya.
Kita perlu risau dengan
situasi ini kerana masa depan Negara kita bergantung kepada kita hari ini. Jika
yang memimpin Negara dari golongan yang suka kepada hiburan-hiburan yang
melalaikan, maka tunggulah keruntuhan berlaku. Usaha perlu dijalankan bagi
mengurangkan hiburan yang melalaikan sebaliknya kita menghidupkan suasana yang
boleh mendekatkan diri kita kepada Pencipta.
Para ulama’ perlu aktif
dalam hal-hal untuk mencorakkan modal insan yang bermutu untuk menjadi pelapis
masa depan. Kita juga mesti melahirkan lebih ramai ustaz dan ustazah seperti
Ustaz Azhar Idrus yang mencetuskan fenomena baru anak muda ke arah mendalami
Islam. Semua ini mesti di mulai dari sekarang supaya anak muda kita tidak terpesong
lebih jauh.
No comments:
Post a Comment