Banyak tempat menarik di Kelantan yang masih segar dan terhindar dari gangguan yang belum diterokai. Jom lihat dan rasai keindahan alam yang merilekskan fikiran. Carilah ketengan anda dengan kehijauan alam yang terbentang indah. Tinjau tempat-tempat menarik di Kelantan di link yang disediakan di bawah. Semoga bergembira seisi keluarga.
Wednesday, May 29, 2013
Tuesday, May 28, 2013
Lu pikir la wahai bakal-bakal guru
Kementerian Pendidikan rancang hapus jaminan jawatan guru pelatih
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah. "Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.
"Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.
"Di Finland misalnya hanya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya.
Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.
Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing. - BERNAMA
Apabila para Ulama’ di pinggirkan
Semua orang tahu bahawa
ulama’ adalah pewaris Nabi. Tetapi dalam dunia hari ini, orang lebih agungkan
pihak artis berbanding para ulama’. Inilah realitinya yang berlaku di Malaysia.
Bandingkanlah sendiri, berapa ramai manusia yang mengunjungi tempat-tempat yang
menyediakan hiburan atau konsert dengan program-program agama atau yang
berbentuk ilmiah. Inilah tanda-tanda dunia sudah berada di penghujung
hayatnya.
Kita perlu risau dengan
situasi ini kerana masa depan Negara kita bergantung kepada kita hari ini. Jika
yang memimpin Negara dari golongan yang suka kepada hiburan-hiburan yang
melalaikan, maka tunggulah keruntuhan berlaku. Usaha perlu dijalankan bagi
mengurangkan hiburan yang melalaikan sebaliknya kita menghidupkan suasana yang
boleh mendekatkan diri kita kepada Pencipta.
Para ulama’ perlu aktif
dalam hal-hal untuk mencorakkan modal insan yang bermutu untuk menjadi pelapis
masa depan. Kita juga mesti melahirkan lebih ramai ustaz dan ustazah seperti
Ustaz Azhar Idrus yang mencetuskan fenomena baru anak muda ke arah mendalami
Islam. Semua ini mesti di mulai dari sekarang supaya anak muda kita tidak terpesong
lebih jauh.
Monday, May 27, 2013
UTC diperlukan di Kuching
Pusat Transformasi Bandar
atau lebih dikenali dengan UTC amat diperlukan di pusat-pusat Bandar besar
terutama di Kuching. Kesibukan kerja diwaktu siang amat membataskan masa orang
ramai dikawasan ini untuk berurusan dikaunter. Oleh itu, diharapkan pihak
Menteri Kewangan dapat membuka satu UTC untuk penduduk di kawasan Bandar
Kuching ini.
Kawasan yang dicadangkan
ialah samada di Petrajaya atau Matang yang kurang dari kesibukan. Diharapkan
juga projek ini dapat dipercepatkan untuk memberi kemudahan kepada rakyat dan
bertepatan dengan tema kerajaan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan’.
Wednesday, May 22, 2013
Gaji EXCO VS GST
Belum pun reda pasal ketidakpuasan hati pihak Pakatan Rakyat mengenai sistem pilahanraya, dah timbul perkara yang tidak disukai oleh peniaga dan juga akhirnya terbeban oleh rakyat iaitu pengenalan kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST). GST yang ditangguhkan sebelum ini kerana PRU-13 bakal dilaksanakan secara berperingkat. Mungkin inilah hadiah yang amat berharga kepada pengundi BN kerana memberi mandat kepada mereka memerintah untuk 5 tahun lagi jika betul dilaksanakan. huhu..
Tapi lain pula halnya di Sarawak nun tuan-tuan dan puan-puan. Lagi hebat EXCO mereka di sana. Gaji dapat 3 kali lipat daripada sedia ada. Wah, makin bertambah senang la YB-YB sana ye..Erm penambahan dana 3 kali lipat tu, dari mana la sumbernya? Mungkinkah cukai pintu dinaikkan? mungkin ke dari saman2? Aku pun tak tahu...tapi yang paling aku nampak, akhirnya dia akan kembali kepada rakyat yang perlu menanggung..
Thursday, May 16, 2013
SELAMAT HARI GURU
BUAT SEMUA GURU DAN PENDIDIK DILUAR SANA, SELAMAT HARI GURU. TERUSKAN PERJUANGAN ANDA SEMOGA DIBERKATI ILAHI..JASA GURU TAK PERNAH KU LUPAKAN .
Tuesday, May 14, 2013
MASA UNTUK KERJA
PRU dah berlalu. Tak perlu lagi nak ungkit dan berdemonstrasi. Yang kalah terima lah kenyataan. Mungkin kali ini bukan rezeki. Yang penting, mulai sekarang semua pihak harus bekerja dan memunaikan segala janji yang ditaburkan sebelum ini. Mulai sekarang juga rakyat akan menilai prestasi setiap parti dan calon untuk dipilih pada PRU depan. Oleh itu, kurangkan bercakap dan banyakkan kerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)