Kenapa syarikat
TV perlu tayangkan kisah-kisah cinta pada bulan februari? Dah bermacam-macam
cara yang dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam untuk menghalang sambutan
Valentine. Majlis fatwa juga telah jelas mengharamkan sambutan valentine.
Tetapi sebaliknya berlaku dengan media arus perdana. Nampak gayanya mereka
tidak mengendahkan saranan Jabatan Agama Islam dengan masih lagi menyemarakkan
roh sambutan valentine dengan menayangkan kisah-kisah cinta dan romantik.
Tuesday, February 19, 2013
JOM TUKAR
Bosan dah
dengar berita tv sekarang. Asyik-asyik benda yang sama je. Isu
sebenar rakyat tak de plak dia nak peduli. Yang dimomokkan sekarang pula jika
PR menang Negara huru hara. PR menang jadi macam Mesir. Macam la Malaysia ni
tak de undang-undang. Boleh sesuka hati je buat rusuhan. Lagi pun, apa gunanya
polis Malaysia yang ramai , apa gunanya polis Malaysia yang ramai kat luar tu?
Adakah sekadar untuk mengikut telunjuk BN je? Apa guna Angkatan Tentera
Malaysia kalau rusuhan berlaku? Mesti dia orang dah buat plan untuk
menanganinya?
Rakyat telah
belajar dari apa yang berlaku di seluruh dunia. Kita tahu apa yang baik dan apa
yang buruk untuk Malaysia. Tidak perlu mengugut rakyat sebegitu semata-mata
untuk kepentingan sendiri.Rasa bosan telah membuak-buak sekarang sebab rakyat
dah nampak ketakutan BN. BN sekarang begitu pengecut tidak seperti BN dulu.
Kali ini rakyat
akan menggunakan saluran yang betul untuk menjatuhkan kerajaan BN bukan ala
‘arab spring’ seperti yang dimomokkan oleh BN. Rakyat hanya menunggu Parlimen
dibubarkan untuk menukar PEMEGANG AMANAH KERAJAAN MALAYSIA YANG BARU DAN LEBIH
BAIK.
Thursday, February 7, 2013
Papan Tanda Jalan Mengelirukan
Kelantan penuh dengan warisan budaya dan keunikannya. Ini
adalah tarikan utama orang luar untuk berkunjung ke Kelantan. Kebanyakan mereka
datang menggunakan pengangkutan sendiri kerana lebih mudah untuk bergerak ke
sesuatu tempat. Tapi apa yang menjadi masalah dan kesulitan kepada pengunjung
ialah keadaan papan tanda yang mengelirukan, tidak nampak kerana kedudukan yang
rendah dan tidak menunjuk arah sehingga ke destinasi.
Perkara ini bukan setakat memberi masalah kepada pengunjung
luar bahkan rakyat Kelantan sendiri yang jarang-jarang memandu di kawasan
bandar amat keliru dan papan tanda arah pula hanya separuh jalan. Selepas itu
dah hilang arah. Bagi yang tidak tahu jalan dah boleh tersesat. Dalam
pemerhatian aku, hanya di Jajahan Gua Musang sahaja yang mempunyai papan tanda
yang memudahkan.
Dalam usaha kita di Kelantan untuk menarik lebih ramai lagi
pelancong luar, aspek ini perlu diberi perhatian yang serius. Jika papan tanda
jalan jelas, mudah nampak, dan sampai ke destinasi, ia akan memudahkan semua
pihak termasuklah pelancong tempatan.
Amatlah diharapkan pihak kerajaan negeri melalui pihak
berkuasa tempatan menaiktaraf semua papan tanda yang ada dan menambah
bilangannya ditempat-tempat yang strategik dan menjadi tumpuan ramai. Semoga
negeri kita dan rakyatnya akan bertambah makmur dan berkat dengan rezeki yang
dilimpahkan Allah melalui jalan pelancongan.
Monday, February 4, 2013
Perjalanan Kolej Vokasional
Mulai tahun ini, semua sekolah menengah
vokasional seluruh Malaysia telah menawarkan kursus Koloj Vokasional walaupun
naiktaraf ini belum lagi secara rasmi. Intake pertama bagi sekolah bukan rintis
ialah 21.1.2013. Bagi sekolah rintis KV pula sudah lebih setahun berjalan.
Setakat ini timbul beberapa isu yang kurang
menyenangkan ibubapa dan guru yang mengajar KV. Dikalangan ibubapa, mereka
risau akan masa depan anak mereka kerana tidak mengambil Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), halatuju KV yang tidak diperjelaskan dengan terperinci dan
peluang kerjaya yang tidak stabil.
Untuk pengetahuan ibubapa, matlamat KV
adalah untuk melahirkan tenaga mahir dan separa mahir untuk memenuhi industri
diluar sana. Pecahan keluaran KV adalah 70% untuk industri, 20% untuk
melanjutkan pelajaran dan 10% untuk menjadi usahawan. Pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
(BPTV) dari semasa ke semasa akan berbincang dengan pihak-pihak yang mempunyai
kepentingan untuk melaksanakan kurikulum KV dan badan-badan pengiktirafan di
dalam dan luar Negara untuk mengiktiraf kursus-kursus yang dijalankan. Sehingga
kini KV telah diiktiraf oleh MQA dan badan kemahiran.
Dikalangan guru pula, wujud yang tidak puas
hati kerana terpaksa mengajar lebih masa berbanding sekolah biasa dengan gaji
yang sama. Guru juga hanya dibekalkan NOSS KV dan perlu menggubal sendiri kertas penerangan, kertas tugasan dan
kertas penilaian yang akan digunakan. Ini akan mewujudkan ketidak seragaman
dari segi bahan edaran tersebut di setiap KV. KV juga masih lagi menghadapi
masalah dari segi prasarana dan kelengkapan bengkel untuk menjalankan kursus.
Kegusaran yang timbul ini perlu ditangani segera
oleh BPTV supaya perkara yang berbangkit kini dapat diselesaikan dengan cara
menang-menang. Penjelasan juga perlu dibuat dan disiarkan kepada umum. Semoga
tindakan pantas pihak BPTV dapat menyelesaikan masalah yang timbul.
Subscribe to:
Posts (Atom)