Malam tadi aku pergi ke Kampung Gersik, di seberang
Waterfront, Kuching. Biasa la, orang ke Kampung Gersik mesti untuk beli kek
lapis. Aku pun dengan hajat nak membeli kek lapis Sarawak la sampai tak pergi
jemaah tarawih untuk bawa balik kampong esok. Aku sampai sana dalam pukul 8.30.
Aduhai jalan, dah la jem. Nak cari parking pun susah.
Bersesak-sesak kereta. Tapi nasib aku baik sebab ada kereta baru keluar lepas
tu pengawal yang jaga situ mengarahkan kereta aku masuk parking. Tak la aku
menunggu lama untuk mencari parking.
Mula-mula aku pergi dekat kedai Mira Kek Lapis, sebab isteri
aku kata situ lagi sedap. Tiba di kedai Mira yang pertama dia kata untuk orang
ambik tempahan saja. Dia suruh pergi yang kedai dia satu lagi. Kedai tu lebih
kurang 10 meter ke depan. Tengok kedai Mira tu dah tak banyak kek yang tinggal.
Tu pun kebanyakannya bersaiz besar.
Tak jadi beli di Mira, aku menapak pulak ke kedai kek lapis
Dayang Salhah. Fuyoo..kat kedai Dayang Salhah pun orang penuh. Sebab ada yang
dari Mira tadi pon sama macam aku. Tapi disini ok lagi sebab stok masih banyak.
Aku beli 10 dapat la free satu. Suruh isteri aku ambik je sebab ramai sangat
orang. Malas nak menunggu lama-lama kat situ.
Melihatkan kelibat yang datang membeli kek lapis, pendapatan
pengusaha kek lapis ni mungkin melebihi ratusan ribu untuk sambutan raya. Patut
la kerajaan negeri mengambil berat dengan pengusaha kek lapis. Banyak sumber
pendapatan secara tidak langsung yang masuk kepada tabung kerajaan negeri dek
kerana kepopularan kek lapis Sarawak ini.
No comments:
Post a Comment