Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah nak masuk 24 hari
kita berpuasa. Masjid-masjid pun dah lengang dan kekurangan makmum berbanding
awal-awal Ramadhan dulu. Mungkin mengejar malam lailatul qadar kat rumah
masing-masing kot.
Malam-malam terakhir inilah kena rebut peluang.
Untung-untung dapat la bertemu dengan malam yang dijanjikan dengan pahala 1000
bulan yang bersamaan 83 tahun. Bukan mudah nak dapat, tapi kena usaha kea rah
itu.
Malam ke-23 haritu di Kuching ni hujan je. Pagi esoknya plak
mendung sampai ke petang.Adakah itu petanda malam Lailatul qadar? Allahu aklam,
hanya Dia yang mengetahui…
No comments:
Post a Comment