Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, August 27, 2012

Mula Kerja

Alhamdulillah..Selepas seminggu bercuti di kampung halaman di Pasir Mas, hari dah mula kerja. Seronok dapat balik Kelantan dan jumpa keluarga yang lama tak jumpa. Semua famili aku balik kecuali abang aku yang di Sabah. 

Suasana raya tahun amat berbeza kerana hari raya pertama lagi sudah sibuk. Ini kerana selepas solat sunat raya, bergegas pula untuk menyembelih lembu. Kesempatan raya dengan semua famili ada aku gunakan untuk mengadakan majlis akikah untuk anak aku. Majlis akikah dibuat pada malam raya ke-2.

Hari raya ke-2 baru lah dapat kerumah saudara mara sambil menjemput mereka ke majlis akikah. Majlis akikah anak aku dilangsung bersama dengan sepupu dia. Anak kakak aku yang baru lahir awal puasa hari tu. Ada geng sebaya la anak aku.

Aku tak la ke bandar sangat. Dah tahu jalan mesti sesak punya. Tapi malam ketiga tu aku pergi juga ke wakaf Che Yeh. Tu pun sebab dah planning awal dengan member2 untuk buat reunion. Ya Allah..nak boleh lepas bulatan Lemal pun dah ambik masa setengah jam. Janji pukul 9 di New Horizon, tapi aku sampai dah hampir pukul 10 malam. Tapi alhamdulillah..semua berjalan lancar...

Cuti raya tahun seronok juga. Cuti pun lama...

Thursday, August 16, 2012

Sesak memborong kek lapis


Malam tadi aku pergi ke Kampung Gersik, di seberang Waterfront, Kuching. Biasa la, orang ke Kampung Gersik mesti untuk beli kek lapis. Aku pun dengan hajat nak membeli kek lapis Sarawak la sampai tak pergi jemaah tarawih untuk bawa balik kampong esok. Aku sampai sana dalam pukul 8.30.



Aduhai jalan, dah la jem. Nak cari parking pun susah. Bersesak-sesak kereta. Tapi nasib aku baik sebab ada kereta baru keluar lepas tu pengawal yang jaga situ mengarahkan kereta aku masuk parking. Tak la aku menunggu lama untuk mencari parking.

Mula-mula aku pergi dekat kedai Mira Kek Lapis, sebab isteri aku kata situ lagi sedap. Tiba di kedai Mira yang pertama dia kata untuk orang ambik tempahan saja. Dia suruh pergi yang kedai dia satu lagi. Kedai tu lebih kurang 10 meter ke depan. Tengok kedai Mira tu dah tak banyak kek yang tinggal. Tu pun kebanyakannya bersaiz besar.

Tak jadi beli di Mira, aku menapak pulak ke kedai kek lapis Dayang Salhah. Fuyoo..kat kedai Dayang Salhah pun orang penuh. Sebab ada yang dari Mira tadi pon sama macam aku. Tapi disini ok lagi sebab stok masih banyak. Aku beli 10 dapat la free satu. Suruh isteri aku ambik je sebab ramai sangat orang. Malas nak menunggu lama-lama kat situ.

Melihatkan kelibat yang datang membeli kek lapis, pendapatan pengusaha kek lapis ni mungkin melebihi ratusan ribu untuk sambutan raya. Patut la kerajaan negeri mengambil berat dengan pengusaha kek lapis. Banyak sumber pendapatan secara tidak langsung yang masuk kepada tabung kerajaan negeri dek kerana kepopularan kek lapis Sarawak ini.

Wednesday, August 15, 2012

SALAM AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimat semua. Semoga segala amal di Bulan Ramadhan kita diterima Allah S.W.T.. Sedikit pantun untuk suka-suka..

Anak itik berlari-lari,
Anak ayam sakit kaki,
Hari yang mulia menjelang lagi,
Aidilfitri disambut setulus hati,

Mudik ke hulu menaiki sampan,
Sampan bocor ditengah jalan,
Menjelang Aidilfitri Ku mohon kemaafan,
Diatas semua kesalahan dan kesilapan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mesej ini pengganti diri,
Pandulah kereta dengan penuh hati-hati,
Semoga selamat sampai ke destinasi.

Tuesday, August 14, 2012

Mencari Malam Lailatul qadar


Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah nak masuk 24 hari kita berpuasa. Masjid-masjid pun dah lengang dan kekurangan makmum berbanding awal-awal Ramadhan dulu. Mungkin mengejar malam lailatul qadar kat rumah masing-masing kot.

Malam-malam terakhir inilah kena rebut peluang. Untung-untung dapat la bertemu dengan malam yang dijanjikan dengan pahala 1000 bulan yang bersamaan 83 tahun. Bukan mudah nak dapat, tapi kena usaha kea rah itu.

Malam ke-23 haritu di Kuching ni hujan je. Pagi esoknya plak mendung sampai ke petang.Adakah itu petanda malam Lailatul qadar? Allahu aklam, hanya Dia yang mengetahui…

Sunday, August 5, 2012

Sedar tak?

Tengok tak iklan maxis yang kanak-kanak berkongsi cerita tentang puasa? Lucukan kita dengar kanak-kanak tu beri pengertian puasa dari segi pengalaman dan pemahaman mereka. Ada macam-macam kenyataan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut. Tapi kita sedar atau tidak, adakah kita mengajar pengertian puasa yang betul kepada anak-anak kita?

Zaman kanak-kanak lah masa yang paling mudah mereka hendak belajar dan faham. Oleh itu, terapkanlah ilmu yang betul untuk mereka semasa kecil supaya ilmu yang diajar dapat menjadi pedoman dan panduan untuk mereka semasa dewasa kelak.

Pekeliling Cuti Hari Jumaat, 17 Ogos 2012..

Cabaran umat Islam Malaysia

Umat Islam di Malaysia berdepan dengan tentangan seorang kafir harbi bernama kapir singh dalam melaksanakan hukum Allah di negara ini. Tetapi ada pihak tertentu yang masih tidak sedar dan menjadikan kenyataan kapir singh sebagai modal mereka untuk berpolitik. Sedangkan kenyataan kapir singh itu telah menjadikannya musuh yang terang kepada Islam. 

Dalam menangani isi seperti kapir singh ini, umat Islam yang sayangkan agama dan yakin dengan keesaan Allah, patut bersatu dibawah payung Islam supaya penentangan terhadap Islam dapat dipatahkan melalui suara majoriti umat Islam.

Bagi aku yang daif ni, kenyataan kapir singh bukan bermotif politik semata-mata tetapi penentangan terhadap agama sedangkan dalam perlembagaan Malaysia telah jelas bahawa agama Islam itu adalah agama rasmi Malaysia. Oleh itu, mohon sangat-sangat kepada semua umat Islam di Malaysia supaya bersatu hati dan tingkatkan ukhuwah dan persefahaman dalam menghadapi cabaran baru ini.

Ingatlah, dalam Al-Quran, jelas Allah nyatakan bahawa, orang kafir tidak akan redha dengan Islam sehingga kita ikut cara dia. 

Guru mohon cuti khas raya 17 Ogos


CIKGU SAYANG

Selangor

SEBAGAI warga sekolah di Lembah Klang, kami amat berharap agar kerajaan mempertimbangkan pemberian cuti khas atau membenarkan cuti peristiwa diambil oleh sekolah pada Jumaat 17 Ogos 2012 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ini kerana kebanyakan warga kota, khasnya guru, berasal dari negeri di luar Lembah Klang seperti negeri di utara, timur dan selatan Semenanjung Malaysia. Sekiranya sekolah tidak bercuti pada 17 Ogos, semua warga sekolah dan kakitangan awam yang lain akan bertolak serentak pulang ke kampung halaman pada petang dan malam hari Jumaat serta pada pagi hari Sabtu. Ini sudah tentu mengundang kesesakan jalan raya yang terlampau.

Di samping itu, dengan limpahan kenderaan di jalan raya akan mengundang kemalangan pula kerana masing-masing bersaing untuk sampai cepat ke destinasi memandangkan raya semakin hampir. Sekiranya Jumaat masih dikira sebagai hari bersekolah, bagaimana dengan sekolah yang mempunyai dua sesi di mana sesi petangnya berakhir pukul 5.30 petang. Tidak mustahil pada hari tersebut ramai guru yang mengambil cuti sakit semata-mata untuk pulang ke kampung lebih awal. Jika ini berlaku, sesi persekolahan pada petang itu akan terjejas.

Selain itu, cuti pada hari Jumaat sepatutnya diberikan pada sekolah memandangkan sekolah tidak mengambil cuti sempena hari raya ini iaitu selama dua hari, kerana kebetulan cuti hari raya jatuh semasa cuti sekolah. Oleh itu jumlah waktu bersekolah yang sepatutnya bagi semua sekolah adalah mencukupi, malah mungkin sudah melebihi jumlah maksimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Oleh itu, besarlah harapan kami warga sekolah agar permohonan kami ini mendapat perhatian dan dipertimbangkan. Harapan kami juga agar makluman mengenai cuti ini dapat diumumkan lebih awal untuk memudahkan urusan kami membuat tempahan tiket dan merancang perjalanan.

HFMD: Anak sendiri pula terkena

Nampaknya penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) masih lagi menular di Sarawak sampai hari ini. Rabu lepas, anak aku sendiri yang disahkan terkena penyakit tersebut oleh Hospital Sri Aman dan diberi cuti selama 2 minggu. Ini bermakna proses pengawal kes ini yang bermula beberapa bulan lepas oleh kementerian kesihatan tidak berapa berkesan. Ini kerana, masih ada kes yang dilaporkan.

Kesian anak aku. Sepatutnya minggu ni pulang kampung untuk menjenguk dia. Tapi terpaksa membatalkan hasrat tersebut dibimbangi akan menjangkiti adik dia pulak. Erm semoga abang cepat sembuh dari penyakit ini.

Thursday, August 2, 2012

Tema Kemerdekaan 2012

Tertarik dengan situasi semasa yang kecoh dengan tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2012. Erm pihak kerajaan BN tahun memilih 'Janji ditepati' sebagai tema. Tema ini menjadi bualan ramai kerana dilihat lebih bersifat kepartian daripada patriotisme. Ia dibantah keras oleh pihak pembangkang yang mengusulkan ' Sebangsa Senegara Sejiwa' sebagai tema sambutan. 

Apapun ideologi dan cara politik bergerak untuk menarik perhatian pengundi neutral, masa depan dan kestabilan negara tidak harus dipandang remeh. Sepatutnya siapapun yang memerintah, keutamaan perlulah diletakkan kepada kestabilan negara dengan menyemai sikap patriotisme dan cinta negara dikalangan rakyat. 

Rakyat sedang menilai setiap tindak tanduk pihak politik. Apa yang mereka lakukan hari ini akan mempengaruhi sokongan rakyat semasa PRU akan datang.