Kepesatan dalam bidang teknologi maklumat di Negara kita amat menggalakkan. Dengan kemudahan akses percuma yang disediakan oleh kerajaan sehinggalah restoran-restoran besar memudahkan lagi dan mempercepatkan lagi matlamat kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang celik IT.
Namun, dalam kerancakkan perkembangan tersebut, wujud beberapa laman web dan blog yang mencacatkan matlamat asal kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang celik IT. Laman-laman yang berunsurkan fitnah, memburukkkan individu lain dan termasuk juga yang berunsurkan kelucahan yang melampau.
Fenomena ini boleh mendatangkan kerugian kepada Negara kita. Ini kerana, laman-laman tersebut mudah diakses dan semestinya diminati oleh golongan remaja terutama yang berunsur 18sx. Apabila pelajar mudah melayari laman tersebut, kemungkinan besar untuk mereka terlibat dengan gejala sosial amat tinggi. Mereka bukan sahaja membaca dan menonton malah berkemungkinan besar akan meniru aksi dan adegan yang ditonton atau dibaca itu.
Apabila wujudnya satu lapisan masyarakat yang rosak akhlaknya, maka tunggulah masanya keruntuhan sebuah tamadun yang dibina selama ini. Manusia yang tidak berakhlak ini akan mengikut kehendak nafsu mereka sehingga apa yang diharamkan oleh agama pun akan menjadi perkara yang halal bagi mereka.
Ancaman tersebut telah pun wujud di Negara luar. Contohnya golongan gay dan lesbian. Di Malaysia sendiri pun sudah ada. Tapi Alhamdulillah, kerana kita mempunyai undang-undang yang menghalang aktiviti tersebut daripada merebak.
Tetapi, SKMM perlu memainkan peranan yang aktif dalam membanteras kelahiran laman-laman web lucah tersebut. Elakkanlah anak-anak muda kita daripada terperangkap dengan gejala sosial yang semakin hari semakin parah. Bak kata pepatah,” mencegah lebih baik daripada mengubati”.
No comments:
Post a Comment