Belum pun lagi harga petrol RON95 dinaikkan, harga makanan di kedai-kedai dan gerai-gerai telahpun dinaikkan. Tinjauan di pasar malam Ampangan malam tadi menunjukkan harga makanan naik 10 hingga 50 sen. Sebelum ini, kerajaan telah menaikkan harga petrol RON97 menjadikan harga sekarang RM2.90 seliter dan harga baru gula RM2.30/kg. Bermula bulan 6 pula, tarif elektrik pula akan dinaikkan dan sudah pun di umumkan oleh Menteri berkenaan.
Dengan kenaikan barangan asasi rakyat ini akan memberi kesan yang amat besar terutama kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Ini kerana rata-rata pendapatan rakyat bawahan ini tidak meningkat ataupun berubah.
Kerajaan perlu membuat kajian yang mendalam mengenai harga barangan asasi ini supaya tidak memberi beban kepada rakyat. Kebelakangan ini, kenaikan harga barangan tidak seimbang dengan jumlah pendapatan rakyat.
SHAH ALAM – Kenaikan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini, bukanlah pada waktu yang sesuai.
Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd Khairun Aseh berkata, kenaikan tersebut bakal membebankan rakyat termasuklah golongan peniaga dan industri.
Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Baayah Baba berkata, golongan berpendapatan rendah akan berasa kesan kenaikan tarif elektrik itu.
“Ini kerana kos pengeluaran oleh pengeluar akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilo wat sejam (kWj).
No comments:
Post a Comment