Kerajaan Malaysia tengah rancak mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014. Kesempatan ini seharusnya di ambil oleh Kerajaan Kelantan sebagai kesinambungan Tahun Melawat Kelantan yang lepas. Kita perlu melihat prospek pelancongan yang memberikan impak ekonomi yang tinggi kepada pendapatan negeri. Negeri kita kaya dengan keindahan flora dan fauna, tetapi sayang kerana kita kurang kesedaran sivik dan tidak menjaga keindahan tersebut dengan betul. Satu lagi aspek yang kurang diberi perhatian ialah tentang kemudahan awam terutamanya tandas. Oleh itu, kerajaan negeri perli mengambil inisiatif segera untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada supaya ia dapat meningkatkan lagi jumlah pelancong ke Kelantan. Mohon juga kerjasama pihak peniaga terutama di Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, Bukit Bunga, Pengkalan Kubor dan Wakaf Che Yeh supaya tidak menaikkan harga barang sesuka hati kerana ia boleh memberikan kesan jangka panjang yang buruk. Kalau pelanggan boikot dan tidak lagi datang, ia akan merugikan pihak peniaga sendiri. Mulut orang dia akan bercerita dengan orang lain, akibatnya tak ada lagi orang yang nak datang disebabkan cerita barang mahal. Sekarang pun dah ada orang yang bawa cerita barangan yang dijual di Rantau Panjang mahal. Kami yang dengar pun rasa malu. Jadi,sama-samalah kita menjaga nama baik negeri kita dengab membuat perkara yang jujur dan tidak tamak. Semoga Negeri Kelantan bertambah maju, makmur dan berkat..amin..
Tuesday, February 11, 2014
Sunday, February 9, 2014
Kelantan Negeriku
Sentuh isu bola, malam tadi kalah dengan Perak. Dalam 4 perlawanan liga super, kita telah menang 2 kali dan kalah 2 kali. Apapun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Kami di pihak penyokong Kelantan mengharapkan pasukan dapat mengukuhkan keserasian ahli pasukan dengan segera supaya pasukan Kelantan dapat kembali ke landasan yang betul bagi memberi saingan sengit dalam setiap game. Tidak di nafikan bahawa tahun ini begitu mencabar setiap pasukan dan belum ada mana-mana pasukan yang dilihat dominan. Jadi peluang masih terbuka. Kami harapkan sekurang-kurangnya kita masih menyimpan salah satu piala yang dipertandingkan.. Semoga The Red Warriors berjaya dalam setiap perlawanan..amin..Allah hu akbar..
Monday, February 3, 2014
Mendepani Tahun 2014
Tahun 2014 telah pun memasuki bulan 2. Kita baru melewati Tahun Baru Cina. Tapi apa yang paling dirisaukan ialah keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan berlaku inflasi dalaman yang agak tinggi. Pelbagai ulasan daripada Menteri yang bertanggungjawab dan orang politik telah kita dengar. Ada saranan yang bagus dan ada juga yang menjadi ejekan rakyat kerana kebodohan ucapan mereka. Bagi aku sendiri, ada sedikit sebanyak memberi kesan ke atas nilai wang kini. Dengan nilai wang yang sama, tahun lepas boleh dapat lebih banyak barang berbanding tahun ini. Ini belum lagi dilaksanakan GST. Apa yang aku perasan sekarang, ada caj tertentu telah dilaksanakan. Aku pernah beli tiket penerbangan menggunakan CIMB Clicks, dan ada caj RM4 dikenakan. Padahal sebelum ini tak de pun. Tak pasti la apa caj yang dikenakan. Aku pun tak tanya. Ni masalah aku, senang je di tipu. Tak tanya pula kenapa. Sape yang ada info caj apa hang dikenakan, semua bank ke yang ambil, bolah la kongsi info. Yang pasti, tahun ini mesti berbelanja dengan berhemah supaya kita tidak terjerat dengan hutang. Langkah pertama yang aku ambil ialah tanam kangkung belakang umah.huhu...
Subscribe to:
Posts (Atom)