Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, February 4, 2013

Perjalanan Kolej Vokasional

Mulai tahun ini, semua sekolah menengah vokasional seluruh Malaysia telah menawarkan kursus Koloj Vokasional walaupun naiktaraf ini belum lagi secara rasmi. Intake pertama bagi sekolah bukan rintis ialah 21.1.2013. Bagi sekolah rintis KV pula sudah lebih setahun berjalan.  

Setakat ini timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan ibubapa dan guru yang mengajar KV. Dikalangan ibubapa, mereka risau akan masa depan anak mereka kerana tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), halatuju KV yang tidak diperjelaskan dengan terperinci dan peluang kerjaya yang tidak stabil.

Untuk pengetahuan ibubapa, matlamat KV adalah untuk melahirkan tenaga mahir dan separa mahir untuk memenuhi industri diluar sana. Pecahan keluaran KV adalah 70% untuk industri, 20% untuk melanjutkan pelajaran dan 10% untuk menjadi usahawan. Pihak  Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dari semasa ke semasa akan berbincang dengan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan untuk melaksanakan kurikulum KV dan badan-badan pengiktirafan di dalam dan luar Negara untuk mengiktiraf kursus-kursus yang dijalankan. Sehingga kini KV telah diiktiraf oleh MQA dan badan kemahiran.

Dikalangan guru pula, wujud yang tidak puas hati kerana terpaksa mengajar lebih masa berbanding sekolah biasa dengan gaji yang sama. Guru juga hanya dibekalkan NOSS KV dan perlu menggubal  sendiri kertas penerangan, kertas tugasan dan kertas penilaian yang akan digunakan. Ini akan mewujudkan ketidak seragaman dari segi bahan edaran tersebut di setiap KV. KV juga masih lagi menghadapi masalah dari segi prasarana dan kelengkapan bengkel untuk menjalankan kursus.

Kegusaran yang timbul ini perlu ditangani segera oleh BPTV supaya perkara yang berbangkit kini dapat diselesaikan dengan cara menang-menang. Penjelasan juga perlu dibuat dan disiarkan kepada umum. Semoga tindakan pantas pihak BPTV dapat menyelesaikan masalah yang timbul. 

Monday, January 14, 2013

Indahnya Kelantan


PRU-13 hampir sampai ke penentuannya. Kesempatan ini, aku ingin berkongsi apa yang aku rasa supaya kita  rakyat Kelate dapat membuat pilihan yang tepat parti yang akan memerintah Kelate selepas ni. Mungkin ramai hok ada pendapat sama dengan aku.

Satu je hok kita perlu renung kembali, Kelate adalah satu-satunya negeri hok bersih dan tidak dapat ditembusi oleh syarikat judi nombor ekor. Tengok lah dinegeri lain, semo ada kedai judi nombor ekor. Samaada selepas ini kita nak Kelate kekal menjadi negeri yang bebas dari syarikat judi ni atau pun tak, ia bergantung kepada undi kita nanti.

Kita kena  tau jugak, loni ramai bukan setakat orang  bukan Islam (Kafir) ni yah hok sering dok desak kerajaan negeri hok loni bui lesen untuk kedai judi ni atas nama kedai kebajikan bahkan ada dari orang melayu sendiri. Majlis fatwa royak doh benda tu atas nama gapo pun tetap haram. Kalau kerajaan hok bentuk lepas ni bukan dari kalangan hok kuat agama, hampir pasti la desakan sek demo ni akan tercapai. Kita nak ko gitu? Terus terang aku royak, aku takse Kelate jadi gitu. Kelate hok loni memang cukup comel dah.

Kito kena ingat jugak, de ko sek kedai nombor ekor ni bertapak di Kelate, untuk tutup semula premis sek dio bukan benda mudah. Sesal dulu pendapatan, kalu sesal selepas dio bertapak seksok tak dok guna doh.

Kalu ada antara kita hok nok tukar kerajaan negeri hok loni, biarlah pihak sano itu mengeluarkan jaminan secara bertulis dulu agar lesen untuk kedai judi dan kedai arak tidak akan dikeluarkan oleh mereka walau 1 lesen pun di Kelate ni. Tapi mestilah jaminan secara bertulis bukannya sekadar berjanji di mulut sahaja.

Aku harap sangat kito pakat jago negeri kito Kelate dari terlibat dengan perkara-perkara mungkar supaya rakyat Kelate keseluruhannya sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah S.W.T.. Amin..

Thursday, January 10, 2013

Tahniah TPM


Tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia kerana menjadi antara Menteri Pelajaran yang berani membidas dan memperli persatuan Dong Zhong yang selama ini begitu aktif menentang dasar mengkebangsaankan pendidikan di Malaysia.

Muhyiddin memecah tradisi Menteri Pelajaran sebelum ini yang dilihat mengambil sikap berlembut dengan persatuan itu apabila secara terbuka mengkritik tindak tanduk Dong Zhong yang cuba menghalang Dasar Pendidikan Baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Walaupun begitu, untuk melihat tertubuhnya sekolah satu aliran di Malaysia ini hanya tinggal mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan kerana disebabkan untuk menjaga kepentingan politik masing-masing.