TQVM FOR CLICK

Monday, July 12, 2010

Dr. Ridhuan Tee Abdullah


Saya tertarik membaca rencana 'Menahan Lukah Di Pergentingan' tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah dalam ruangan rencana Mingguan Malaysia, Ahad 11/7/2010. Seorang yang berbangsa Cina tetapi menongkah arus untuk membela Islam dan Melayu. Beliau mendapat kutukan daripada kaum sendiri demi tanggungjawab terhadap agama Islam. Inilah tokoh yang sukar dicari masa kini. Idea yang dilontarkan cukup bernas, pandangan yang diberikan tidak memihak sesiapa dan memberi pengajaran dan kesan kepada sesiapa yang mengikuti tulisannya.

Tuntutan SJKC melampau


Berhubung dengan tuntutan MCA sebanyak RM1 Billion dalam RMK-10 untuk menampung perbelanjaan SJKC amat melampau dan tidak munasabah. SJKC tidak sepatutnya membuat tuntutan melampau seperti berikut kerana mereka masih lagi degil dan menolak cadangan kerajaan untuk mewujudkan sekolah satu aliran tanpa meminggirkan bahasa kaum tersebut. SJKC juga menerima derma dari pelbagai syarikat besar dan NGO yang menyaksikan kewangan mereka lebih kukuh jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Diharap PM membuat keputusan yang tepat dalam pengagihan peruntukan RMK-10 nanti supaya semangat perpaduan dapat dipupuk dengan kegemilangan sekolah kebangsaan.

Monday, July 5, 2010

Perginya Seorang Datuk Saudara


Innalillah.... Datuk saudara sebelah arwah ayah meninggal pada tengahari ini (5.7.2010) dalam pukul 12.30 tengahari. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang beriman.. Al-Fatihah...