Berhubung dengan tuntutan MCA sebanyak RM1 Billion dalam RMK-10 untuk menampung perbelanjaan SJKC amat melampau dan tidak munasabah. SJKC tidak sepatutnya membuat tuntutan melampau seperti berikut kerana mereka masih lagi degil dan menolak cadangan kerajaan untuk mewujudkan sekolah satu aliran tanpa meminggirkan bahasa kaum tersebut. SJKC juga menerima derma dari pelbagai syarikat besar dan NGO yang menyaksikan kewangan mereka lebih kukuh jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Diharap PM membuat keputusan yang tepat dalam pengagihan peruntukan RMK-10 nanti supaya semangat perpaduan dapat dipupuk dengan kegemilangan sekolah kebangsaan.
No comments:
Post a Comment