Baca Berita Sinar. Masalah disiplin pelajar sekolah semakin membimbangkan. Disebabkan kecanggiham teknologi kini, kerenah mereka siap di upload di youtube untuk tontonan umum. Sampai macam itu sekali mereka berani menonjolkan kejahatan mereka tanpa rasa segan silu. Itulah sebab dahulunya ramai yang menentang cadangan untuk membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah.
Itu baru sedikit. Mungkin selepas ini ada aksi ranjang pula di rakam oleh mereka. Realiti sekarang, masyarakat hanya menuding jari kepada guru dan pihak sekolah sahaja. Tetapi mereka tidak sedar yang pembentukan insan ini perlu kerjasama semua lapisan terutama ibu bapa dan masyarakat.
Sekarang ini, kalau cikgu memberi hukuman rotan atas kesalahan pelajar itu sendiri, cikgu itu yang akan saman. Jadi untuk mengelakkan kena saman, terpaksalah biarkan saja atau buat-buat tak tau saja dengan hal pelajar. Itu tindakan yang di ambil jika berdepan dengan ibu bapa yang terlebih pandai la. Kalau ibu bapa yang memberi sokongan pada kita, ada la juga hati nak pantau disiplin anak mereka.
Tugas ini bukan mudah seperti yang diperkatakan diluar sana. Guru terikat dengan macam-macam pekeliling yang membataskan tugasan dan merumitkan. Ada yang tak nak ikut kalau prosedur yang menyusahkan. Itu yang dibiarkan sahaja walaupun pelajar bermasalah.
Renung-renung lah semua. Kerajaan yang patut cari pendekatan terbaik untuk menangani masalah disiplin pelajar yang semakin hari semakin melampau ini.
No comments:
Post a Comment