Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, March 24, 2014

Cikgu oh cikgu

Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa yang mempersoalkan peranan guru.
JOMMMM… layan sembang orang kampong... baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…
A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2kan...
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak ke…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus… biasanya buat kelas tambahan la tuu…. Pastu sembahyang hajat pulak untuk anak-anak muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh… kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru balik…? Takkan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu Peah tu cakap, cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik. Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik anaknya tu, si Joyah cakap muka cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk sbb kena tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kat rumah, aku tengok dia kat sekolah jugak… ada je program kat sekolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu pon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat sekolah tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan???
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu Peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu Peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot… budak-budak tu dah macam anak dia dah… kat dialah budak2 tu mengadu kalau ada masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi CIKGU rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun… Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu…
B : hahahhahaha…
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah tak larat nak layan… cikgu Peah tu berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik…
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu… yang si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh… Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat...
A : Maksud engkau…
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia. Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal. Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak pon sama je…
A : Susah jugak ekk jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumahdah boleh rileks... kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni...?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi… Kat sekolah dulu… aku kan selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya engkau pon blajar kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku…
B : Bukanlah… Sebenarnya… aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang BERGUNA dan BERJAYA

No comments: