Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, March 27, 2014

Cuti-cuti Malaysia

Cuti sekolah masih lagi berbaki 3 hari bagi negeri yang mula kerja Isnin. Apakah perancangan anda? Kalau ingin merasa kelainan dengan suasana berbeza dengan tempat anda dan merasai pelbagai makanan tradisi orang kelantan, jemputlah datang ke Kelantan. Kalau anda tidak pernah menjejaki Negeri Kelantan, cuti inilah masa yang sesuai untuk anda melihat dan merasai sendiri. Janganlah terikut-ikut dengan tohmahan liar dan tidak berasas pihak yang tidak bertanggungjawab yang memberi gambaran buruk kepada Kelantan sedangkan mereka sendiri belum pernah menjejakkan kaki di sini. Datang dan rasailah sendiri kelainan di sini. Jika anda tidak pernah datang ke Kelantan, anda boleh layari blog www.cutikelantan.com untuk mengetahui apa yang ada di sini dan boleh dijadikan sebagai panduan perjalanan anda. Selamat bercuti..
 

Wednesday, March 26, 2014

Konspirasi MH370

Macam-macam teori dan konspirasi telah dipaparkan di media elektronik terutama sekali di blog. Kalau tuan puan rajin, boleh la 'search' "konspirasi mh370". Banyak pautannya. Seronok juga baca dan ada sesetengahnya masuk akal. Tetapi, yang sahihnya ialah apabila kotak hitam di temui nanti. Memang agak sukar untuk mencari dan mendapatkan kotak hitam pesawat MH370 disebabkan faktor kedalaman dan keadaan air laut serta kawasan yang jauh dari dataran. Apa-apa pun, Allah maha kuasa. Allah yang mengetahui segalanya dan Dia juga yang berkuasa untuk menunjukkan kebenaran walaupun mustahil pada akal manusia. Sama-kita doakan semoga segala misteri yang terhasil dari kehilangan pesawat MH370 akan terjawab. Takziah diucapkan kepada semua waris mangsa. Semoga tabah menghadapi ujian ini.

Antara konpirasi yang sronok dibaca..copy dari group whatsap dan ada dalam entri blog.minta maaf la,lupa plak link blog dia.(maaf tuan punya blog tersebut)..kalau rajin, boleh la search "konsprirasi mh370" dan blog tersebut untuk selanjutnya.
adakah ini salah satunya~~
Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/.../taliban-ambush...
Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.
Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.
China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.
Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.
Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.
Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.
Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.
Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).

Tuesday, March 25, 2014

Welcome to Wan Zack

Selamat menyertai pasukan Kelantan di ucapkan kepada Wan Zack Haikal yang baru menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan pada musim perpindahan ini. Di harapkan dengan kehadiran Wan Zack dapat membantu menaikkan semangat pemain sedia ada dalam dalam saingan liga tempatan dan liga AFC. Sebagai penyokong setia Kelantan, aku harapkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dapat menasihatkan semua pemain agar bersikap lebih profesional dan tidak memalukan pasukan Kelantan dengan tindakan bodoh segelintir pemain. Apa yang ditakuti ialah kesabaran penyokong yang kini boleh bersikap profesional hilang gara-gara pemain yang tidak profesional dan kurang rasional dalam mengambil tindakan. Jika keadaan ini berlaku, ia akan merugikan pihak KAFA sendiri. Kawe cadangkan agar KAFA mengambil tindakan ke atas pemain yang sengaja bertindak tidak profesional dengan mendenda mereka supaya perkara seperti itu tidak di ulangi lagi.
 

Monday, March 24, 2014

Cikgu oh cikgu

Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa yang mempersoalkan peranan guru.
JOMMMM… layan sembang orang kampong... baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…
A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2kan...
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak ke…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus… biasanya buat kelas tambahan la tuu…. Pastu sembahyang hajat pulak untuk anak-anak muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh… kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru balik…? Takkan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu Peah tu cakap, cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik. Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik anaknya tu, si Joyah cakap muka cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk sbb kena tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kat rumah, aku tengok dia kat sekolah jugak… ada je program kat sekolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu pon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat sekolah tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan???
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu Peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu Peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot… budak-budak tu dah macam anak dia dah… kat dialah budak2 tu mengadu kalau ada masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi CIKGU rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun… Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu…
B : hahahhahaha…
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah tak larat nak layan… cikgu Peah tu berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik…
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu… yang si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh… Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat...
A : Maksud engkau…
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia. Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal. Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak pon sama je…
A : Susah jugak ekk jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumahdah boleh rileks... kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni...?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi… Kat sekolah dulu… aku kan selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya engkau pon blajar kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku…
B : Bukanlah… Sebenarnya… aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang BERGUNA dan BERJAYA

Saturday, March 22, 2014

Baca dan sebarkan

spend time...bca nie jap....
Bacalah mesti seronok
KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn:
          - Kemunculan Imam Mahdi
          - Kemunculan Dajjal
          - Turunnya Nabi Isa (AS)
          - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
          - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
          - Pintu pengampunan akan ditutup
          - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
          - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
          - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
          - Pemusnahan/runtuhnya Kabah
          - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
          - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
          - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
         
Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang  terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
         
          Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
         
          Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat.          Kerugian meninggalkn solat:
          Subuh:
          Cahaya wajah akan pudar.
          Zuhur:
          Berkat pendapatan akan hilang.
          Asar:
          Kesihatan mulai terganggu.
          Maghrib:
          Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
          Isya':
          Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
          Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
          Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
         
          Nasihat Kubur:          🔊
         
          1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
         
          2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM..
         
          3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca 📖 AL-QUR'AN.
         
          4). Aku adalah tempatnya binatang2 🐍 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
         
          5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
         
          6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, 😲 bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
         
          7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
         
          Kirim 📩 ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
          Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
          Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
          Saat kamu membacanya, ia gelisah.
          Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
          Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
          Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
          Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
         
          Syaitan berbisik;
          "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...
         
          Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..
         
  Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
          1. Waktu
          2. Kata-kata
          3. Kesempatan
K: Kiblat
A: Arah
A: aku
B: Bersujud hingga
A: akhir
H: Hayatku
Ringankan tangan anda dengan copy ayat ini 😃
last tempat tido ialah liang lahad.......

Monday, March 10, 2014

Pray 4 MH370

Ya Allah, selamatkanlah ke semua penumpang dan krew MH370 dari segala bencana dan malapetaka dan cepatkan penemuan mereka supaya segala misteri yang berlaku dapat dihuraikan dengan segera..aminn..


Taman Jubli Mas, Kampung Matang, Kuching

Taman Jubli Mas, Kampung Matang, Kuching Sarawak ini terletak di Batu 10 Kampung Matang. Ia menjadi tempat istirehat yang mendamaikan dan menenangkan jiwa. Anda juga boleh mandi-manda di sungai yang ada. Pelbagai kemudahan disediakan iaitu tempat BBQ, pondok rehat, kerusi tempat duduk dan tandas awam. Kemudahan parking juga disediakan. Dikawasan parking ada beberapa gerai makanan yang menjual makanan ringan dan bergoreng. Kalau ingin melepaskan tension, boleh lah berkunjung ke sini.








Monday, March 3, 2014

Sindiket penipuan terancang

Semua mesti ingatkan famili yang berada di rumah terutama sekali emak dan ayah kita yang mungkin tinggal berseorangan di rumah supaya lebih berhati-hati dan mengelakkan dari membuka pintu rumah apabila didatangi oleh orang yang tidak dikenali. Ini kerana bermacam-macam taktik dan teknik telah digunakan oleh penjenayah untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki. Terbaru ialah penyamaran sebagai kakitangan TNB yang mengatakan untuk melakukan pemeriksaan pada meter. Tapi bila pintu di buka, mereka akan mengacukan senjata dan merompak mangsa.. Tolong sebarkan kepada semua supaya tiada mangsa lain yang terkena selepas ini. Kalau ada yang datang tanpa surat dan dokumen yang sah, laporkan terus kepada pihak polis. Tapi untuk lebih selamat, janganlah buka pintu. Biarkan dorang kerja kat luar je..


Test Kecekapan Otak

1. Jawab dgn spontan (MESTI CEPAT),
tk boleh fikir lama2..
2. baca satu demi satu.
3. fokus..
Permainan fokus warna ... Mulaiiiiiii.
1. kertas A4 warnanya apa ?
2. awan warnanya apa ?
3. tisu warnanya apa ?
4. lembu minum apa ?
Yang menjawab susu fokus anda terganggu, sbb lembu minum air
1. rambut anda warna apa?
2. bulu mata warnanya apa ??
3. jalan tar warnanya apa ???
4. kelawar tidur bila?
Yang menjawab malam, maknanye fokus anda tergganggu. sbb kelawar tidur di siang hari.
1. warna dari cendol apa?
2. daun kelapa warnanya apa?
3. warna umum rumput?
4. Zirafah makan apa?
Yang jawab rumput , itu salah,sbb Zirafah makan daun.
Haaaa..!! salah berapa?? cepat mengaku..jgn senyum sorang2..nnti ada yg ingat anda kurang siuman..hehehe..

enjoy your life .jgn stress!!

jom gelak

P/S:JANGAN GELAK SAMPAI TERKENCING APABILA ANDA BACA

Aku baru kawin & duduk dgn bini aku bdua. Aku ni ada tabiat suke mkn telo rebus. x tau la nape, sedap agaknye. Sejak aku kawin tabiat tu kurang sket sbb bini aku msak sedap2 tp dh lame gak la aku x pekena telo rbus ni. So, citernya bulan lps balik dr keje, kete aku rosak, aku cal bini aku n ckp aku balik lmbt sbb kena menapak. Sbb lapar sgt,masa otw tu, aku singgah kedai mkn.. ada telo rebus! apelagi..... aku mkn nasi dgn telo rebus lah n order lg wat ratah.          Sbelum balik aku bgkus lak, wat mkn smbil bjalan balik. kenyang yg amat, mklumla bls dendam sbb lama xmkn.          Buke je pintu rmh, bini aku ckp "abg, ada 'surprise'.." smbil sengih2 dia tutup mata aku n ikat ngn kain hitam n pimpin aku ke meja makan. Aku pn duduk, dia siap pesan jgn try2 nk buka ikatan.          Aku nk gi toilet sbb perut start buat hal, tp mls nk spoilkan 'surprise' bini. Aku pn tahan je le dulu.. Tetiba fon bini aku berbunyi, dia angkat n gi jauh dr meja. Aku agakla, smp ke dapor dia pegi.          Peluang ni, aku pn kentut sbb dh dr td aku tahan.. bau bleh tahan sbb mkn byk telo..ok, lg skali.. aku pn angkt sbelah punggung dan lps lg satu das!          PRUTT! bau mmg xhingat, aku pn x tahan.. lama plak bini aku ni, aku x sbr nk tau surprise dia. Aku rase nk kentut lg.. aku bangun, tonggeng dan PROTT!!.. fuhh lega. bau mcm bangkai.. dekat 2,3minit bru bau hilang..          Pstu bini aku dtg & mtk mf sbb lmbt, dia pn jerit 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABG!!' Lupe lak arini bday aku, dia suh aku buka kain pnutup mata, aku buka.. mulut aku terus melopong.. ALAMAK!!! aku tgk merah padam muke bpk n mak mertua aku, adik2 ipar aku, duduk keliling meja mkn. Bos n jiran sblah rmh aku pn ade?! Aku nk cover malu, aku pn tanya la bpk mertua aku, 'dah lama ke bapak smpai?' Slamber je bpk mertua aku jwb '"dah lama, sbelum kentut pertama lagi!!"          Baca yg ini bole hilang stress!!!!          Scrol blk ke ats dan bc lg utk gelak lg.. hahahahaha. Sme sebarkn untk hlang stress kwn2. Hahahaha 😁

CUCU SENGAL SEGALA SENGAL HAHAHAHAHA

Cucu: hai nek..tengah buat ape tu..?

Nenek: cari daun palas ni haa..

Cucu: utk apa daun palas nek..?

Nenek: utk buat ketupat..

Cucu: ketupat utk apa nek..?

Nenek: utk makan nanti

Cucu: ohh...Skarang nenek buat apa..?

Nenek: cari daun palas..

Cucu: utk apa ah..??

Nenek: mau buat ketupat dah cakap tadi kan..

Cucu: ketupat tu utk apa nek..?

Nenek: utk makan la..Takkan utk melastik pulak..

Cucu: ohh gitu..

Nenek: dah laa pegi main sane..jgn kacau nenek..

Cucu: kenapa..?

Nenek : sbb nenek sibuk...

Cucu: sibuk buat apa..??

Nenek: cari daun palas laa kan da cakap tadi..

Cucu: daun palas utk..??

Nenek: utk buat KETUPAT KETUPAT KETUPAT..!!!

Cucu: nenek ckp dgn sape tu..?

Nenek: dgn kau la..!!

Cucu: nape menjerit..? sy dekat jew pon.

Nenek: sbb kau tak pandai faham2..Tak pakai mata utk tgok org tgah buat kerja...

Cucu: buat keja apa..??

Nenek: arrrrrghhhhhhhh!!!CARI DAUN PALAS laa bodoh..!!!

Cucu : utk ape..??

Nenek : bodoh nyee cucu aku nih.. Utk makan..!!!

Cucu : ada beras kat rumah , nape nenek nak makan daun palas pulak..?

Nenek : cucu ku yg paling kiut , pandai n hensem... Sebelum aku dpt strok baik kau biar aku buat keje cari daun palas..jangan kacau taw..!!!

Cucu : yg betul2 nye ni nenek nak cari daun palas kew atau cari strok..? Strok tu ape..? Dia hijau jugak mcm daun palas..?

Nenek : adoi banggang nye tanak phm..!!!

Cucu: tanak..? sy cucu laa nek bukan anak nenek.. nenek stress kew nek..??

Nenek : yew aku stress..!! aku sakit kepala..!! aku mau gila..! Aku stress stress stress...!!

Cucu : kalo cari daun palas boleh stress , nape nenek masih juga mau cari..?

Nenek : CUKUP !!! JANGAN TANYA LAGI..!!! BAGUS KAU BALIK RUMAH SKARANG..!!!!

Cucu : haa ok la .. Nenek tanak ikut balik..??

Nenek : tidak..! aku ada kerja..!!

Cucu : kerja apa..?

Nenek : cari daun palas

Cucu : utk ape daun palas ah..??

Nenek: arrgghhh..!!! Tidak..!! Tidak..!!!! Tidak..!!!!!!!!

*Terus nenek dia lari laju2 , tak tengok belakang pun.. Kalau korang nmpak org tua masih lari2 , jgn ckp pasal daun palas ahh..


Sensitif tu.. hehe :)