Umat Islam kini dihujani dengan pelbagai dugaan dan ancaman. Bukan setakat pergolakan yang berlaku diluar negara, di negara kita sendiri pun bermacam provokasi digunakan. Ada pihak tertentu yang sengaja memainkan isu agama dan perkauman untuk mencetuskan huru hara dinegara ini. Adakah kita nak peristiwa 13 Mei berulang? Sanggupkah kita melihat nyawa yang tak berdosa melayang begitu sahaja untuk memenuhi kehendak segelintir mereka? Kita adalah sebuah negara yang unik dan ia amat dicemburui negara lain. Bagaimana kita hendak mengekalkan keunikan ini untuk diwarisi generasi akan datang? Dengan menggunakan isu sensitif sebagai modal untuk meraih keuntungan diri,ia ibarat api dalam sekam yang akhirnya menghanguskan kesemuanya. Perkara sebegini semestinya di elak untuk keharnonian semua. Tuntutan-tuntutan yang tak berasas tak boleh dilayan. Agenda kebangsaan mesti dipercepatkan. Semua mesti bersatu untuk mempertahankan maruah. Jangan ada lagi manusia celupar yang cuba mencetuskan huru hara terlepas dari tindakan undang-undang.
No comments:
Post a Comment