Siapa yang tak terasa dengan kenaikan petrol?? Ternyata penerangan menteri selepas harga petrol dinaikkan 20 sen pembohongan dan ingin menyedapkan hati sahaja. Belum sampai sebulan lagi petrol naik, bukti dah ada depan mata. Rakyat miskin semakin sengsara, yang pertengahan pun turut merasa bahana. Laporan Sinar Harian (ramai pengguna bertukar ke motorsikal) sudah jelas. Sesiapa yang tak terasa tu mungkin pejalan kaki dan berbasikal je kot.
Tak sabar nak tunggu pembentangan bajet tuk tahun hadapan. Kata BRIM nak dinaikkan. Tapi golongan pertengahan masih lagi rugi kerana terlepas peluang itu. Nasib la..