Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, July 23, 2013

OH RAMADHAN..

Allah..sedar tak sedar dah sampai pertengahan dan Ramadhan tahun ini hampir meninggalkan kita. Semoga amalan kita setakat ini diterima oleh Allah S.W.T. dan membantu kita ketika di mahsyar nanti Insyaallah..  Cuba kita renung sejenak, sampai saat ini ,adakah amalan kita masih lagi seperti di awal Ramadhan yang lalu atau semakin meningkat atau pun sudah sibuk dengan persiapan hari raya. Beruntunglah bagi mereka yang merebut peluang ini dengan melaksanakan amalan-amalan baik dan mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.

Tetapi apa yang sedihnya, surau-surau tidak lagi semeriah awal Ramadhan lalu. Semakin hari Jemaah semakin berkurang. Kemanakah Jemaah-jemaah ini? Mungkin mereka bersendirian dengan meningkatkan amalan di pertengahan malam. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada aku untuk sama-sama meningkatkan amalan di akhir-akhir Ramadhan ini dan berilah peluang kepadaku untuk berjumpa dengan malam yang penuh keberkatan yang dijanjikan dengan pahala 1000 bulan..amin..


Ya Allah, berilah peluang dan kesempatan yang ada ini kepadaku supaya dapat aku mengabdikan diri sepenuhnyan kepadaMu kerana mungkin ini Ramadhan terakhir bagiku..Hanya Engkau yang Maha Mengetahui Ya Allah…

No comments: