Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, April 10, 2013

Hanya di Kelantan

Aku termenung disebuah 'jemore' disebuah ibukota. Mengikuti liuk lintuk daun-daun pokok 'pauh' didepan rumah aku yang ditiup angin sepo-sepoi bahasa. Hari ini, kesabaran aku diuji. Maruah keluarga aku dicalar. Air muka bangsa negeri aku dihina. Aku dan kami dihina seantero Malaysia hanya kerana aku dilahirkan di Kelantan.

Rasa sebak menggunung didalam diri dengan laporan yang dikeluarkan oleh akhbar bahasa Inggeris NST tentang isu pelacuran di negeri aku. Untungnya berada di Kuala Lumpur, walaupun pusat pelacuran Brikfields 'rumah pink' hanya dibawah stesen Monorail K.L iaitu 5 meter dari Balai Polis mereka butakan mata. Pusat pelacuran ini sudah beroperasi sehingga hampir 6 tahun , malah belum pernah keluar satu isu pun di akhbar.

Tetapi lain pula di negeri aku nun jauh di Kelantan sana. Tiada ribut, tiada angin tiba-tiba sibuk editor akhbar NST & TV3 mengeluarkan kenyataan mengenai pelacuran di Kelantan. Jika benar sekalipun aktiviti haram ini wujud, berilah fakta yang jelas untuk kami sendiri melihat adakah ia wujud ataupun hanya konspirasi BEBAL yang mahu melukakan hati rakyat Kelantan.

Hati aku terguris. Terguris dengan kebiadapan NST & TV3 yang dikuasai oleh Media Prima. Aku sedar dan insaf bahawa konglomerat media ini milik siapa. Aku seru, seluruh rakyat Kelantan kita bangun bangkit. Bangkit dalam menyapu bersih sedikit maruah rakyat negeri aku yang tercalar. Mereka kurang sedar mungkin, rakyat negeri aku ada diseluruh Malaysia,menjadi CEO GLC, menjadi Ketua Pengarah Kementerian, menjadi Usahawan terkemuka, menjadi Managing Director syarikat asing, menjadi mahasiswa paling ramai di IPTA/S. Sedarlah wahai anak bangsa kaki fitnah. Kami anak Kelantan dari jauh memerhatikan kamu, membaca gerak geri fitnah kamu. Jangan mencabar sabar kami anak Kelantan.

Kepada adik beradik aku rakyat Kelantan, kepada sahabat aku rakyat Kelantan ,kepada seluruh rakyat Kelantan,kepada Sultan ku sultan Kelantan yang zuhud bersabarlah wahai hamba Allah. Kita kini sedang diuji, diuji oleh sekumpulan manusia yang mabuk kuasa dunia. Mereka mahu menawan Kelantan, tetapi jika cara fitnah sebeginilah jalan mereka menawan Kelantan aku mohon pada ALLAH SWT supaya mereka ini tewas dimedan perang PRU13.

Ayuh anak muda Kelantan. Inilah talian hayat terakhir untuk kita bangkit menentang segala bentuk fitnah terhadap Kelantan.

Percayalah, walau sehebat manapun strategi 'Art of War' ataupun 'Niccolo Machiavali ' untuk menjatuhkan maruah anak Kelantan, ia tetap kebal. Ia kerana kami di didik dengan sebuah jati diri 'semangat anok KELATE' nun jauh di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kami berdiri teguh, memegang erat tangan antara satu sama lain. Kami kuat bukan sebab kami 'gedebe' tetapi kami kuat dengan semangat. Kami kuat dengan jiwa, jiwa kami adalah jiwa Kelantan.Percayalah, sejauh mana anda menghimpit kami , menghina kami, diskriminasi kami selagi itulah kami bangkit. Bangkit untuk menegak sebuah keadilan yang perlu bagi anak-anak kami, bakal anak-anak kami, bakal cucu kami di Kelantan sana sedar inilah kehidupan 'plastik' di bumi Malaysia.

Ambo, kawe, demo, aku, mu, kito adalah anok Kelate.

"Anda boleh membunuh 100 pemuda Kelantan, tetapi anda belum tentu mampu membunuh 1 jiwa pemuda Kelantan " - Pok Dogo

Tulisan : Pok Dogo
Eksklusif untuk I Love Kelantan
1 April 2013
8.00 Malam

via @[114944995195990:274:I ♥ KELANTAN]

[SHARE]
Aku termenung disebuah 'jemore' disebuah ibukota. Mengikuti liuk lintuk daun-daun pokok 'pauh' didepan rumah aku yang ditiup angin sepo-sepoi bahasa. Hari ini,kesabaran aku diuji. Maruah keluarga aku dicalar. Air muka bangsa negeri aku dihina. Aku dan kami dihina seantero Malaysia hanya kerana aku dilahirkan di Kelantan.

No comments: