Alhamdulillah..dengan berakhirnya kejohanan sukan semalam, maka selesaikan salah 1 tugasan aku tahun ni. Harap2 kuranglah sikit kesibukan dan dapatlah aku fokus dengan kerja yang masih tertangguh. Dalam kejohanan tahun ini, banyak kekalutan yang berlaku. Bermula dengan pemilihan peserta sehinggalah sewaktu kejohanan. Waktu pemilihan hanya dihadkan semasa
waktu koku sekali seminggu sahaja dalam masa empat minggu. Dengan perjumpaan rumah sukan pon tak de, pelajar pon tak kenal, pelajar yang turun pon bercampur-campur memang pening kepala nak buat pemilihan. Sementelah ada yang menyorok tak nak ambil acara. Last2 muka yang sama je ambil acara. Waktu pertandingan pula, peserta menghilang ntah kemana. Adoiyai, arahan yang diberi tak diikut. Ada la beberapa acara yang tak de peserta.

Tetapi alhamdulillah la, dah kurang satu beban. Terima kepada semua yang menolong terutama Elsea Gersit yang bertungkus lumus untuk memastikan semua lancar. Terima kasih juga kepada yang memberi kerjasama dari pemilihan peserta sehinggalah selesai kejohanan. Jumpa lagi di kejohanan tahun depan tetapi aku tak nak lagi jadi ketua. huhu..
No comments:
Post a Comment