Eee...sakit hati la dengan karspersky sekarang. Makin susah nak 'update'. Lembab macam siput. Dah 3 hari aku 'try' 'update' tak berjaya juga. Korang ada masalah yang sama ke?
Sunday, July 29, 2012
Saturday, July 28, 2012
Lagu patriotisme ke?
Sedih, sadis dan lucu pun ada bila melihat lirik lagu sambutan hari kemerdekaan Malaysia tahun ini. Hilang terus selera nak menyambut hari Merdeka.
Amalan ketika berpuasa
Alhamdulillah..dah genap seminggu berpuasa dan 10 hari Ramadhan yang pertama sudah hampir meninggalkan kita. Rebutlah peluang yang masih ada untuk mengisi dengan amalan-amalan yang memberi ganjaran yang amat berharga di akhirat kelak. Perbanyakkan amalan-amalan yang baik seperti bersedekah, membaca Quran dan sebagainya. Amalan yang paling senang kita lakukan ialah berzikir yang boleh dilakukan dimana saja kecuali dalam tandas. Setiap amalan baik pada bulan ini dijanjikan dengan pahala yang digandakan.
Wednesday, July 25, 2012
Bonus Aidilfitri: Setengah bulan gaji
Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah S.W.T. atas nikmat yang dikurniakan. Terima Kasih kepada kerajaan kerana memberikan bonus Aidilfitri untuk kakitangan awam dengan setengah bulan gaji atau minimum sebanyak RM500. Walaupun pemberian ini sama dengan tahun lepas, sekurang-kurangnya dapat la meringankan sedikit perbelanjaan kita semasa perayaan nanti.
Dalam satu kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian bonus tersebut berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan sekarang. Bayaran khas tersebut akan dibuat pada 9 Ogos ini dan ia akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Sunday, July 22, 2012
Wah sesak sakan..
Petang tadi, dalam perjalanan balik dari Sri Aman, sempat lagi menyinggah di Kem Penrisen Kuching untuk membeli juadah berbuka puasa. Di kem ini memang terkenal dengan pelbagai juadah makanan dan kuih muih yang berasal dari Semenanjung dan tak ketinggalan juga masakan Kelantan dengan nasi kerabunya.
Masa masuk kem tadi dalam pukul 5.30 petang, pas pelawat di pondok pengawal telah pun habis diedar. Mujur aku dibenarkan masuk tanpa pas. Dah sampai dalam, tempat parking pun dah penuh dan kereta pengunjung yang dah siap membeli dah beratur panjang untuk keluar dari kawasan kem.
Bila aku sampai dikawasan gerai ramadhan tu, kebanyakan gerai dah habis barangan terutama mereka yang menjual lauk pauk. Kebanyakan yang masih ada ialah kuih muih dan air. Niat nak beli ayam percik tak kesampaian kerana dah habis. So, beli nasi kerabu je la tadi untuk berbuka.
Masa nak balik pula, terperangkap dengan barisan kereta yang belum habis dari aku masuk tadi. Nak boleh sampai ke tempat pengawal aku rasa dah lebih setengah jam dalam kereta. Padahal kalu nak ikutkan jarak dari pasar ke pondok pengawal tak sampai pun 300 meter. Adoi.. Aku rasa tu jela kali pertama dan terakhir aku masuk kem untuk bulan ramadhan tahun ni..
Thursday, July 19, 2012
Majoriti guru tidak bersetuju
Sehubungan dengan perancangan Kementerian Pelajaraan yang membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah dibantah oleh majoriti pendidik di seluruh Malaysia. Banyak komen-komen di media massa dan laman-laman sosial yang membantah keputusan yang dibuat oleh kementerian dan meminta perkara tersebut dibincang semula sebelum dilaksanakan.
Keputusan membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah dilihat mendatangkan lebih banyak perkara negatif. Dalam larangan sekarang pun masih ada pelajar yang menyeludup masuk handphone kesekolah dan sesetengah yang tidak bertanggungjawab menyebarkan filem lucah melalui bluetooth kepada rakan-rakan. Keadaan akan menambahkan lagi kes dan gejala sosial yang melanda remaja kini.
Jadi saranan dari kami warga pendidik agar Kementerian mengkaji semula apa yang telah dikatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong 3 hari lepas.
Wednesday, July 18, 2012
Monday, July 16, 2012
Pelajar dibenar bawa handphone ke sekolah?
Berita terbaru dari Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang mengesahkan bahawa Pelajar dibenarkan membawa telefon Bimbit ke sekolah untuk sesi 2013. Ia amat bertentangan dengan Peraturan sekarang yang melarang pelajar membawa HP ke sekolah. Ini kerana penggunaan hp sebelum ini menimbulkan byk masalah di sekolah.
Apa Agenda atas desakan siapa sehingga lahirnya idea ini amat diragui. Sebagai seorang guru, sesungguhnya ini tidak dipersetujui langsung berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui.
Diharapkan Kementerian mengkaji secara teliti tentang penggunaan hp dan mengeluarkan satu garis panduan yang menyeluruh tentang penggunaannya di sekolah supaya tidak timbul masalah kemudian hari. Banyak kemudharatan yang akan timbul dengan pengumuman ini.
Sunday, July 15, 2012
Gempak pada promosi je ke?
Setelah pembukaan KR1M di Kota Padawan pada 29 Jun 2012, hari ini aku berkesempatan ke sana. Dengan promosi KR1M terbesar di Malaysia setakat ini, ianya tidaklah menjadi tarikan sangat di sini. Kemungkinan besar kerana barang yang ada di stor ini tidak banyak pilihan seperti kedai mini dan pasaraya yang ada di kawasan berdekatan. Mungkin ianya baru, jadi barang pun tidak banyak kot. Harga barangan yang dijual di sini juga tidak jauh berbeza dengan barangan yang dijual di pasaraya lain. Hanya beberapa barang sahaja dan barangan berlabel 1Malaysia yang dijual lebih murah. Setakat tinjauan tadi, bagi aku tiada perbezaan sangat yang berlaku. Bukannya aku nak membangkang KR1M, tu hanya persepsi aku. Kedai tersebut bagus dan boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat tetapi promosi dengan kenyataan yang berlaku tidak sama. Kalau boleh, perlu perbanyakkan item dan kaji semula harga barangan yang dijual.
Saturday, July 14, 2012
HRMIS-Rekod peribadi dan SKT
Dalam 2 minggu ni sibuk dengan urusan pengisian maklumat dalam portal HRMIS. Semua diwajibkan mengisi dan mengemaskini semua rekod peribadi masing-masing sebelum 15.7.2012. Erm dengan broadband tiada dan mengharapkan internet sekolah yang sangat lembab dan meliputi tempat-tempat tertentu sahaja, terpaksa buat secara catu dan menumpang tempat orang. Mula-mula dulu online guna address http://hrmisone.eghrmis.gov.my/. Memang lembab dan dan banyak yang dapat isi dan sistem selalu tak boleh masuk. Setelah jumpa alamat menggunakan schoolnet di http://203.217.177.204/ barulah ok dan pengisian pun berjalan lancar. Semua rekod peribadi telah di isi. Cuma tinggal Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan LNPT je lagi belum diisi.
Friday, July 13, 2012
Cuepacs: Bonus Aidilfitri kakitangan awam dibincang Isnin ini
13 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta penjawat awam di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Isnin ini.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
Cuepacs juga akan membincangkan dasar baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Omar mengulangi pendirian Cuepacs yang tidak bersetuju dengan dasar itu kerana dianggap menutup peluang kerjaya untuk lepasan SPM, selain boleh membawa masalah kepada SPA pada masa depan.
"Selain itu, Cuepacs juga membantah dasar SPA yang membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini," katanya.
Katanya keputusan Cuepacs berhubung kedua-dua dasar itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.
Selain itu, Omar berkata Cuepacs juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini pada 16 Julai.
Selain beramah mesra, beliau berkata Cuepacs berharap Ali dapat memberikan pendapat dan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam.- Bernama
Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
Cuepacs juga akan membincangkan dasar baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Omar mengulangi pendirian Cuepacs yang tidak bersetuju dengan dasar itu kerana dianggap menutup peluang kerjaya untuk lepasan SPM, selain boleh membawa masalah kepada SPA pada masa depan.
"Selain itu, Cuepacs juga membantah dasar SPA yang membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini," katanya.
Katanya keputusan Cuepacs berhubung kedua-dua dasar itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.
Selain itu, Omar berkata Cuepacs juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini pada 16 Julai.
Selain beramah mesra, beliau berkata Cuepacs berharap Ali dapat memberikan pendapat dan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam.- Bernama
Monday, July 9, 2012
BR1M kali kedua dalam pertimbangan kerajaan
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua kepada rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
"Mengenai syor pemberian BR1M kali kedua, perkara tersebut dalam pertimbangan pihak kerajaan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Sumber dari Sinar harian online
Diharapkan pemberian kali dilanjutkan kepada semua rakyat termasuk kakitangan kerajaan. Anggaplah bayaran tersebut sebagai bonus Hari Raya untuk kakitangan kerajaan dan dibayar secara lum sum RM500. Permohonan ini bukan bermakna kami tidak bersyukur dengan kenaikan gaji lepas, tetapi sekadar meringankan sedikit beban semasa hari raya.
Dengan penurunan harga minyak dipasaran dunia, kerajaan tidak lagi menanggung beban yang tinggi untuk memberi subsidi minyak. Oleh yang demikian, duit hasil pengurangan subsidi tersebut bolehlah digunakan untuk diberi kepada rakyat sebagai kebajikan kerajaan dalam membela kebajikan rakyat. Kami amat bersyukur atas kemakmuran ekonomi Malaysia kini.
Sunday, July 8, 2012
Saturday, July 7, 2012
Kelantan sah bergelar Juara Liga Super
Dengan kemenangan 6-0 ke atas Perak yang baru saja berakhir mengesahkan Kelantan sebagai Juara Liga Super 2012. Kelantan mengekalkan trofi juara Liga Super untuk musim kedua berturut selepas kali pertama memenanginya tahun lepas. Tahniah kepada semua pemain dan pengurusan Kelantan. Semoga tahun depan dapat lagi meneruskan tradisi seperti ini.
Tahniah juga kepada semua penyokong pasukan Kelantan yang tidak pernah 'kering' di stadium untuk memberi semangat dan sokongan moral kepada pasukan Kelantan.
Harapan peminat selepas ini agar Kelantan terus mara dalam saingan Piala AFC.
Saham Felda
Harga saham FGV ditutup ptg tadi. Check harga saham felda di http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/list-of-companies/plc-profile.html?stock_code=5222
Thursday, July 5, 2012
Esok penentuan
Alhamdulillah..pemilihan peserta telah pun selesai. Buat
nombor peserta n kain rentang pun dah siap. Tunggu untuk pertandingan esok
pulak. Harap2 semua berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang membantu.
Jasa korang semua amat dihargai.
Semoga di pertandingan esok, kumpulan kita akan meraih
kejayaan yang cemerlang atas segala usaha yang telah kita jalankan. Kepada
semua atlet, diharapkan dapat memberikan yang terbaik semasa pertandingan esok.
Monday, July 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)