Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, August 22, 2011

Pantun raya


Anak itik berlari-lari,
Anak ayam sakit kaki,
Ramadhan yang mulia meninggal pergi,
Tiba pula Aidilfitri.

Mudik ke hulu menaiki sampan,
Sampan bocor ditengah jalan,
Menjelang Aidilfitri Ku pohon kemaafan,
Diatas semua kesalahan dan kesilapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Ucapan di kirim pengganti diri,
Memandulah dengan penuh hati-hati,
Semoga selamat sampai ke destinasi. 

Naik taraf Sekolah Vokasional


Usaha kerajaan dalam membangunkan modal insane di Malaysia telah direalisasikan dengan satu lagi program iaitu menaik taraf sekolah menengah vokasional menjadi kolej vokasional. Perlaksanaan tersebut dijangka pada tahun 2013 akan datang. Segala draf dan proposal telah pun siap dan mendapat persetujuan Menteri Pelajaran sendiri. Sebuah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dipilih untuk menjadi perintis ke arah kolej vokasional dan pengambilan pelajar perintis akan bermula pada tahun depan.

Apabila kolej vokasional menjadi kenyataan nanti, pengkhususan kursus akan dilakukan. Kursus yang ditawarkan ialah kursus-kursus yang terkandung dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pelajar yang belajar di kolej vokasional boleh mendapatkan SKM sehingga tahap 3 jika mereka berjaya melaksanakan tugasan yang diberi dalam setiap tahap tersebut. Selain daripada kursus yang di ambil, pelajar juga di ajar subjek akademik yang lain seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Moral dan Sejarah.

Kewujudan kolej vokasional adalah strategi serampang 2 mata iaitu bukan sahaja memberi kemahiran kepada pelajar, malah ia juga dapat mengatasi masalah keciciran pelajar dalam bidang akademik. Ini bermaksud, pelajar yang akan dipilih ke kolej vokasional nanti ialah pelajar yang mendapat keputusan yang rendah dalam PMR. Kemasukan mereka ke kolej vokasional adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari kemahiran dan mencerahkan harapan mereka untuk bersaing di alam pekerjaan kelak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kolej vokasional ini, anda boleh melayari laman web Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) atau mengunjungi mana-mana sekolah menengah vokasional yang terdekat. Permohonan untuk kemasukan pelajar untuk tahun 2012 akan dibuka secara online selepas pelajar selesai Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Tuesday, August 16, 2011

Transformasi Pendidikan Vokasional




Kementerian Pelajaran akan mewujudkan Pendidikan Asas Vokasional di sekolah terpilih. 

Welcome To Kelantan



Kelantan mempunyai banyak tempat yang menarik yang boleh dikunjungi. Dengan kos hidup yang masih lagi murah berbanding dengan negeri lain di Malaysia serta flora dan fauna yang masih terjaga dan selamat dari pembangunan, ia pasti mengujakan pengunjung.


Bagi mereka yang sukakan aktiviti air, bolehlah berkunjung ke Pantai Sri Tujuh di Tumpat, Pantai Irama di Bachok, atau Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu. Pantai yang masih lagi terjaga rapi dengan kemudahan awam yang lengkap memudahkan setiap pengunjung ke sini.  Selain daripada pantai yang indah terbentang luas, Kelantan juga mempunyai kawasan air terjun yang nyaman dan menyegarkan dengan hutan yang menghijau. Antara lokasi air terjun yang menjadi tarikan ramai ialah air terjun Jeram Linang, Jeram Pasu.

left click for larger picture





Bagi mereka yang suka membeli-belah pula, selain pusat beli-belah yang ada di bandar-bandar utama, ada 3 kawasan di Kelantan yang telah diwartakan sebagai kawasan bebas cukai. Kawasan tersebut ialah Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor. Pelbagai barangan yang dijual disini murah dan pelbagai pilihan.
Selain daripada tempat-tempat popular seperti di atas, banyak lagi kawasan yang menarik dan mendamaikan serta boleh member ketenangan kerana jauh dari kesibukan bandar seperti Danau Tok Uban, Taman Rekreasi Padang Kijang dan Masjid Sultan Brunei di Rong Chenok (masjid terapung).



Saturday, August 6, 2011

Haram GRO Islam di Kuantan


Langkah Majlis Perbandaran Kuantan yang mengharamkan wanita Islam bekerja sebagai GRO adalah langkah yang tepat dengan perundangan Islam. Langkah ini dapat memartabatkan kesucian agama disamping menghindarkan wanita Islam dieksploitasi sehingga menjerumuskan mereka ke lembah maksiat. Selain itu, MPK juga dapat membersihkan imej Bandar Kuantan dari gejala sosial dan maksiat.

Pengharaman ini adalah menjadi tanggungjawab setiap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan  bagi memastikan Kedudukan Agama Islam dalam Pelembagaan Malaysia dihormati dan tidak dipertikai oleh pihak lain. Dalam perlaksanaan hukum Allah memerlukan satu sistem yang tegas kerana ramai dikalangan orang Islam sendiri melanggari perintah dan undang-undang Islam.

Bagi wanita yang memikirkan jalan yang mudah untuk mendapat duit, berfikirlah sedetik bahawa setiap makanan yang dimakan dari sumber yang haram itu akan menghasilkan tulang dan daging yang haram dalam badan kita dan menjauhkan kita dari rahmat Allah. Banyak lagi pekerjaan lain yang boleh mereka ceburi untuk mendapatkan duit yang halal. Semuanya terpulang kepada diri sendiri samada untuk memilih jalan yang ditunjukkan oleh Allah ataupun terpedaya dengan tipu daya syaitan.