Hari ini den mengikuti rombongan sekolah ke Hutan Lipur Gunung Datuk dekat Rembau, N.S. Rombongan bertolak dari sekolah pukul 7.30 pagi dan sampai pukul 8.45 pagi. Selepas sesi taklimat dan bacaan doa, rombongan di daftarkan untuk mendaki gunung. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM3.00 setiap kepala.. Wah, nak menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan pun kena bayar tau..
Rombongan memulakan pendakian pada pukul 9.00 pagi. Pendakian boleh dikira mencabar juga. Bagi mereka yang sukakan cabaran sebegini memang seronok. Perasaan yang tensen dengan hiruk pikuk bandar boleh dibuang sambil menikmati suasana hutan yang hening dan menyamankan.
semasa pendakian dapat la jumpa 2 spesis binatang yang berlainan tetapi hanya satu je dapat dirakam. yang 1 lagi tu tak dapat almaklum la guna handphone je. Misi ke puncak gunung diteruskan walaupum kepenatan kerana tiada persediaan dilakukan untuk mendaki sebelum ini.
Pemandangan dari puncak sungguh menarik dan dapat nampak bandar Rembau dari sini. Disebabkan kamera yang tak canggih, tu jela yang dapat gambarkan.hehe..
Pada pukul 11.15, akhirnya rombongan sampai kepada destinasi iaitu puncak Gunung Datuk. Perasaan penat tiba2 hilang dek keterujaan berada di puncak. Kami menikmati suasana puncak gunung sehingga pukul 12.30 tengahari. Selepas itu, kami meneruskan cabaran untuk menuruni gunung pula. Perasaan penat untuk turun tidak diendahkan kerana teringatkan makan, perut dah lapar. hampir pukul 2.00 kami sampai di kaki puncak. Selepas berehat selama setengah jam, kami pun bergerak untuk mencari tempat makan. Selepas makan, rombongan menerukan perjalanan pulang dan tiba di sekolah pada pukul 3.40 petang.
No comments:
Post a Comment