Mengenai insiden seorang ustaz yang juga warden SMK Bunut Susu yang menggunakan seterika untuk mengejutkan beberapa pelajar sekolah tersebut untuk solat subuh menjadi isu yang menggemparkan disebabkan oleh publisiti media masa dan tindakan ibubapa pelajar tersebut. Kes yang sengaja dibesarkan tersebut telah di komen oleh menteri pelajaran yang juga timbalan perdana menteri, muhyiddin yassin. Mungkin cara yang digunakan oleh ustaz tersebut tidak sesuai tetapi niat ustaz tersebut hanya untuk memberi perumpaan seksa neraka. Kalu difikirkan secara positif, kes ini bukan lah sampai hendak menyeksa pelajar terbabit sehingga memnyebabkan mereka cedera parah atau mengakibatkan kematian kepada pelajar tersebut. Kepada pihak-pihak yang mempertikaikan tindakan ustaz tersebut diharap menyelami dahulu tugas sebagai seorang warden diasrama dan seeloknya sendiri datang merasa macamana beratnya tugas seorang warden yang bersungguh-sungguh hendak mendidik pelajarnya supaya berjaya bukan setakat dunia yang sementara sahaja tetapi berjaya juga diakhirat sana. Ini kerana seorang warden akan disoal kelak mengenai tanggungjawabnya sebagai warden. Diharap semua masyarakat terutama pemerintah faham dengan situasi yang dihadapi terutama dizaman yang mana manusia akhir zaman ini terutama orang Islam yang suka dan bangga menuruti cara nasrani dan yahudi. Hadis Nabi pun ada menyebut yang manusia akhir zaman, cenderung menuruti langkah-langkah yahudi dan nasrani sehingga sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Oleh sebab itu, marilah sama-sama kita fikir macamana hendak menyelamatkan umat Islam kita yang semakin jauh terpesong jika dengan sedikit cara yang tidak tepat digunakan diperbesarkan semacam kes penjenayah. Fikir-fikirlah wahai manusia yang semuanya menunggu saat mati...
No comments:
Post a Comment