Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, November 24, 2010

Cuti-cuti Malaysia ke Kuching dan Sri Aman

Malam ini aku akan bertolak ke Kuching. Flight pukul 10.00 malam dan dijangka sampai Kuching pukul 12.00 malam. Esok pagi akan ke Sri Aman pula. Kat sana nanti nak settlekan persiapan akhir untuk majlis pada hari Sabtu nanti. Pada petang Jumaat kena datang Kuching balik untuk menjemput famili. Walaupun letih, terpaksa la ulang-alik. Semoga Allah permudahkan urusan aku ini. Amin..

Tuesday, November 23, 2010

PERISTIWA BESAR TAHUN 2012

Assalamuaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...

Di sini saya ingin coretkan sesuatu yang saya rasa mungkin kita berkesempatan melalaluinya, insyaAllah seandainya diizinkan Allah SWT. Setelah membaca beberapa artikel yg berkaitan dan dgn kejadian gunung berapi merapi saya rasa saya perlu berkongsi dgn sahabat sekalian. Maaf seandainya kalian sudah atau pernah membaca atau juga telah mengetahui mengenainya..Ianya adalah sebagai peringatan buat kita umat di akhir zaman..

Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis

1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi berkenaan huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan di bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar di langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...".

Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"

Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barang siapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barang siapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. bulan mei 2009 planet ini telah jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan. AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paperbulan februari, kosmo, BH n lain2)

Kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR

Semoga perkongsian ni meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Nya dan kita seboleh mungkin memperbanyakkan zikir dan ibadah sebagai bekalan...

“Katakanlah, “Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah.” (An Naml: 65)

Dan dalam ayat yang lain Allah swt telah berfirman (ertinya):“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya melainkan Dia sendiri.” (Al An’am: 59)

Sesungguhnya ilmu kita terbatas dan hanya Allah Maha Mengetahui apa yg ada di langit dan di bumi.

Sesungguhnya kita umat akhir zaman di mana kiamat semakin hampir dgn kita..semoga dgn perkongsian ini kita mampu membuat persediaan sebelum kita menghadap Pencipta seluruh alam..

Wallahu'alam...

Good Luck for SPM


Hari bermulanya Peperiksaan Sijil Malaysia (SPM) 2010. Kepada semua pelajar yang mengambil SPM terutama Pelajar SMVAS dan bekas pelajar cikgu di SSAJ khasnya 5 SN 3 , cikgu ucapkan selamat menjawab. Baca arahan dengan teliti, jangan main jawab je..Baca doa sebelum masuk dewan.. Tenangkan diri, semoga Allah memberi kelapangan dada untuk menjawab soalan exam dengan sempurna. Selesai menjawab tu, semak dulu kertas soalan supaya tiada yang x dijawab. Pastikan semua berjawab. Good luck for you all and all the best..Semoga dapat straight A+..




ALBUM

Sunday, November 21, 2010

10 Individu Terkaya Malaysia 2010

1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion
2) Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
3) Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
4) Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
5) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
6) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
7) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
8) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
9) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
10) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b
Kategori mana Melayu berada???

Sedarkah kita???

Sejauh manakah umat Islam sedar tentang wujudnya sebuah pertubuhan yang dipanggil Freemasonry. Pertubuhan ini dengan secara sulit dan strategi yang sangat halus yang menyorok disebalik pertubuhan kebajikan cuba memesongkan akidah umat Islam di dunia dan mengkucar-kacirkan sistem politik sesebuah negara yang mereka bertapak. Bukti yang jelas ialah kejatuhan pemerintahan Sunni Iraq. Di Malaysia pun gerakan ini ada hampir di setiap negeri. Agenda mereka tidak jelas dan terlalu rahsia. Sama-samalah kita mencari kebenaran supaya akidah kita tidak terpesong dan sentiasa berada dalam Keadaan Beriman kepada Allah S.W.T. Semoga kita semua dilindingi di bawah Rahmat Allah..

Saturday, November 20, 2010

Mandi di Jeram Toi

Pagi tadi,20.11.2010, aku, jije n zul g mandi kat Jeram Toi..Pergh air punya la sejuk. Maklum la kul 10.30 pg dh ada kat sana. Kami gerak kul dari umah kul 10 pg. Sampai kt Jeram Toi tu pekena dulu nasi lemak kukus n teh tarik kat parking tu. Lepas tu terus naik tinjau tempat mandi. Sampai pagi orang pun blom ramai lagi. Lepas mandi dalam kul 12.00 kami gerak balik. Seronok gak skali sekala dapat main air terjun ni...






















Jamuan Di Restoren Parameswara, Melaka

Seronoknye pergi makan ikan bakar kat Melaka bersama geng setugas pada 19.11.2010. Bos pun ada skali. Ni jamuan suka-suka je. Tapi jauh gak terasa hendak ke sana dari Seremban. Mujur orang yang drive je. Alhamdulillah, makanan sedap-sedap. Puas hati la datang jauh-jauh..